26 February 2009


Hari ni birthday Hasya yang 1 tahun, "Happy Birthday Hasya Dini" Dah besar anak Umi ni.... emm tak ada nak celebrate apapun, cuma pagi tadi bagi kek sebiji pada pengasuh dia untuk potongkan dan bagi pada kengkawan Hasya kat rumah tu. Weekend ni baru nak celebrate birthday Hasya dan Ayah sekali kat Fraser Hill.... Emm tempat sejuk lagi, suka sangat gi tempat² macam tu sekarang ni... any way tak kisahlah janji keluar dari KL dan rehatkan minda dan badan!!! Gambar Hasya potong kek tak ada tapi gambar kek yg bagi kat pengasuh dia adalah ni!!!

25 February 2009

Hari ini birthday adikku Mira dan esok anakku Hasya Dini.... emm sekejap aja dah setahun umur anak ku dan bakal menjadi kakak dalam tempoh 2 bulan lebih kurang. Emm risau gak masih belum boleh berjalan sendiri tapi dah pandai berdiri.... nanti akan ku update gambar terbaru anakku. Tengahari lak nak cari makanan masuk kedai baju, emm sempat gak beli 2 helai baju baru... emm memang diriku kaki shopping tak leh pergi mana ada aja, sebaiknya aku duduk diam² aja kot.... tapi aku berpuas hati... itupun member ku Mareld ingatkan JCard Day kat Mid Valley, nasib baik jauh sikit kalau dekat ngan ofis mahu ku pergi agaknya....

Emm hari ni dengan selamber aku cakap kat bos IT Kementerian meeting esok aku tak nak pergi. Sebab yang kena pergi semua bos² aja.... so pepandai koranglah jawabnya.... Hehehe nasib baik tak jadi bos aku kalau tidak emm sendiri mau ingatlah SKT jawabnya...

23 February 2009

Weekend ni, emm tak tahulah nak buat apa. So hari Sabtu kitorang pun keluar gi ke Mid Valley, kebetulan ada pameran jualan hartanah. Memang nak eli rumah teres sekarang ni. Dah jumpa yang berkenan di Subang Puteri second owner tapi rumah tu pulak, pemilik sebelum ni ada masalah so kalau nak beli ambik masa dan banyak songeh sikit nak settlekan. So kot ada lak rumah baru yang senang nak dibeli, kitorang saja jer lah nengoknya. Emm!! sampai Mid valley nasib baiklah dapat parking tak jauh dari entrance masuk. Masuk ke I-Property punya pameran nak cari rumah teres tapi tak byk pilihan, kalau ada pun dalam range yg kitorang mampu jauh bebenar lak dari tempat kerja, so tengok² ajalah. Lepas tu dah lah penat dukung Hasya sebab dia tak mahu naik stroller dah, emm perut pun dah lapar, so kitorang masuk cafe kat Jusco. Emm!! standard sana makan nasi lemak ataupun laksanya aja yang popular. Makan ajalah, lepas makan jalan² windows shopping lepas tu balik rumah!!!....

18 February 2009

Hari ni aku cuti.... tapi anakku tetap di hantar ke rumah pengasuh, barulah dapat aku buat keja-keja mengemas rumah, maklumlah kalau dia ada sama macam tak leh nak buat keja apa dah lah!! cuti pun sebab nak hantar adikku ke Hospital HUKM appoitment dengan doktor hari ni.... walaupun aku cuti tapi gangguan telefon tanya pasal kerja mesti ada punya. Nak buat camana nak tak nak kena jawab jugak!! emm!! tak senang betul aku nak cuti.... Sabar ajalah bebanyak!!

17 February 2009



Ini adalah kisah hidupku..... telah berkahwin dengan suami tercinta pada 30 April 2004
Maka pada tahun ini genaplah 5 tahun usia perkahwinanku. Kami baru dikurniakan seorang cahaya mata "Nur Hasya Dini" dan kini ku sedang menunggu kelahiran anak ku yang kedua. Insyaallah akan dengan izin Allah akan dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki pula. Syukur tak terhingga kerana dengan ini aku bakal mendapat sepasang cahaya mata !!!