26 December 2014

Hari Inovasi 2014

Tahun ini, lagi sekali IT JKMKL masuk pertandingan Inovasi JKMM bagi Kategori Teknolgi Maklumat dan Komunikasi (AIICT).... last year masuk dan menang JOHAN ingatkan this year boleh lah tarik diri, tapi rupanya bila dah menang maka berterusan kena fikirkan Inovasi yang ict yang seterusnya untuk di pertandingkan. So nak tak nak masuk jugaklah.... kali ni tak pikir menang atau kalah sama macam last year... janji masuk. Rupanya terpilih gak projek kitorang dalam 5's short listed. So kena present la jawabnya. Dan pada 18 November baru keputusan akan diumukan...

Suprised lagi sekali projek kami terpilih dan mendapat tempat ke 3. Alhamdulillah tak sangka lak.. Apa² syukur.... kali ni berjaya memenangi duit RM1500.00, trofi dan sijil penghargaan. So dah 2 tahun berturut² dah ni. Harap² tahun depan tak yah la masuk lagi... penat bila nak menyiapkan projek, documentation and presentation...






05 December 2014

Jalan-jalan ke Singapura : Last Day

Pagi ni bangun terus mengemas dan check out teruslah, tapi semalam dah kepenatan anak² bangun agak lewat sikitlah. Dah bersiap terus keluar, sebab flight petang boleh jenjalan pagi ni lagi tapi tak boleh lamalah, tumpang simpan beg kat hotel jer dulu. Dah breakfast kat kedai makan yang sama ajalah lepas tu nak shopping sikit, pergi jalan kat Bugis Street, yang best pergi malam, tapi dah tak larat semalam so pergilah pagi ni. Sampai sana ala-ala Petaling Street KL jer pun lebih kurang, kalau nak beli keychain, fridge magnet dan segala macam cenderahati kat sini lah, harganya cenderahati 3 brg $10, kalau RM25.80... bila Kakak dan Aqil nampak benda² macam tu semua nak di belinya. Pandai lak tu nak bagi kawan² dia, t'shirt pun banyak ada gak 3 helai $10 tapi tak berapa eok kainnya nipis sangat. Nak yang elok standard harga sehelai $10 tapi yang tu kira oklah. Dah membeli sikit² jer, nak buat apa shopping kat sini baik shopping kat Malaysia. Pergi jalan² area situ jer banyak mall yang besar².... windows shopping jer, dah tengahari balik ke hotel, ambik beg terus ke airport lak, makan tengahari kat Airport Changi, lepak² kat situ sementara nak tunggu flight.
Bye-bye Singapore.... see u next time...