24 February 2010

Birthday Hasya + Ayah

Hehehe hujung bulan 2 ni ada 2 birthday nak kena celebrate, nasib baiklah hasya tak pandai nak minta apa² lagi.... kalau ayah awal² dah bagi hint.... eemmm sabar ajalah....

Ingat nak buat birtday hasya jumaat (26/02) ni dah kebetulan jatuh hari cuti lak.... plan dah bagus dah.... sekali ayah tak setuju.... so apa lagi survey lah untuk gi jenjalan kemana².... emm dah last minute.... lastnya dapat lah booking Bukit Tinggi.... terus call ayah untuk confirm...
hehehe sib baik dia setuju terus booking.... dapatlah semalam, jadilah daripada tak kemana²....
kat sana ajalah beli kan kek.... sempoi aja.... hadiah utk ayah, Umi belikan bawa ayah sekali nanti. Senang leh pilih sendiri.... untuk hasya nanti Umi belikan basikal kot.... sibuk betul nampak gambar basikal, suruh ambik.... hehehe

09 February 2010

Gila Photo....

Hehee standarlah, eida baru dapat tahu software untuk upload photo, punyalah seronok create dan upload gambar anak beranak..... taaraaaa ni lah hasilnya....



gambar posing anak beranak......

lagi.....
dan lagi.....

05 February 2010

Hantar adikku ke HUKM

Hari ni memang hari yang sibuk betul dibuatnya.... apa taknya dengan meeting yang tak pernah habis, dengan report itu dan ini yang nak kena buat dan memacam lagilah. Belum masuk lagi urusan peribadi yang terpaksa diuruskan dalam 2 hari ni.....

Adikku yang kecik ada urusan untuk check up kat HUKM, emm sapa lagi kalau bukan aku yang kena hantar. So macam biasalah mak dan adik datang naik komuter jer. Kekadang kasihan nengok mak tapi Eida tak larat lak nak jemput dan menghantar. Emm so nak tak nak terpaksalah emak datang naik komuter. Kalau ikutkan hati nak cuti aja hari ni tapi dengan keja dan report nak kena buat dan esok lak kena attend 2 meeting pagi sampai ke petang, terpaksalah eida datang ke ofis untuk keja hari ni.

Bila mak dah sampai kat Stesen bank Negara, eida gi ambik dan bawa terus ke HUKM, awal lagi masa tu. Eida bawa mak dan zaty makan nasi ayam kampung. Emm order utk makan 3 orang emm mana lak habis dimakan, lauknya ajalah tapi nasi dan ayam habis lah makan. Lepas makan terus hantar ke sana. Emm ambik nombor dan menunggu, adalah dalam sejam jugak. Emm standard lah tu, lepas tu barulah gi jumpa doktor. Lepas jumpa tu dah settle appoitment lagi 3 bulan, aduh hai kejap aja esok dah sampai 3 bulan. Dah selesai balik ke rumah eida, singgah beli barang jap lepas tu bawa emak dan zaty ke rumah, Esok ajalah mak dan zaty balik ke kampung jawabnya.!!!