18 June 2013

Macam² @ Melaka

Emmm agak lama jugak kami tak ke Melaka menjengah car wash kat sana. So weekend lepas pergilah jenguk sekejap. Pergi  sabtu petang sampai dah malam. Sesampai sana tengok ada lagi keter tengah dicuci. Yang best kat sini semua kedai dekat. Kedai makan pun agak banyak so tak yah pergi jauh², may be sebab Hostel UTEM kat sini so kedai makan agak murah kira rate harga student. Dah malam, kitorang lepak layan tv ajalah. Esok pepagi lepas dah minum buka kedai, kalau sabtu dan ahad memang agak banyak kereta masuk. Anak² lak rambut dah panjang belaka, ada kedai gunting rambut di sebelah kanan so kasi potong rambut Kakak Hasya dan Aqil. Emm murah jer kat sini kena RM5 sorang.... baju raya pun aku tempah kat sini jugak sebelah kiri kedai kitorang ni ada kedai tukang jahit. Harga pun agak murah berbanding KL, hari tu aku dah test sepasang so kira ok dan kemas jugak jahitannya, kali ni apa² hal kat Melaka ajalah..... bagus jugak kan!!!!

 Ni lah rambut Kakak, sudah pendek...

Kakak dan Aqil lepas gunting.... senang sikit nak urus.

11 June 2013

Jalan² Cuti Sekolah - Gold Coast Morib

Cuti sekolah ni bawa anak-anak gi mandi manda kat gold Coast Morib. Emm itu pun kebetulan booking online ada kosong pada 2-3 Jun. Kenalah kami ambik cuti sebab dah hari isnin. Tapi tak apalah satu hari aja pun. Pergi sana dari kampung sebab baru lepas kenduri rumah saudara mara. Kalau hari ni kenduri nasiblah jawabnya. itupun gerak dari kampung dah pukul 1pm, emm lambat gak sampai sana sebab jalan jammed, dekat pukul 5pm baru sampai. Sesampai sana dah check in, bila Hasya dan Aqil nampak team park tak sabar nak mandi, aduh hai sabar ajalah. Dorang mandi sampai pukul 7pm jenuh ajak balik bilik, dah nak magrib dah. Kata esok boleh mandi lagi baru nak naik. Masuk bilik dah mandi lepas magrib turun dinner. Package kitorang ni ada dinner sekali, not bad gak makanannya. Banyak pilihan jugak, lepak ajalah makan sikit² sampai pukul 9 lebih baru naik bilik. Dah penat tido....
Esoknya pepagi tu dah eida kejutkan dorang ni breakfast dulu, kalau lambat mesti ramai sebab penuh nampaknya musim cuti sekolah ni, emm nasib kitorang cepat sikit, tengok jer pukul 8.30++ am tu dah queue ambik makanan punyalah panjangnya, memang banyak pilihan tapi dah ramai tu faham ajalah. Lepas breakfast anak² sibuk nak main air lagi.... punyalah beraninya hasya dari semalam ke hari ni semua benda mainan tu dia naik, sensorang dia jer, tak payah nak minta ayah dia teman dah la. Kitorang ni jaga dia kat bawah jer. Ada gak eida naik sekali dua mak aiiii tak beranilah hai.... melayang rasanya..... cukuplah tu... pukul 10.30am hasya dah kesejukan sampai menggigil²... sampai diselimutkan ngan towel. Rupanya dia demam... patutlah pun.

 Ready nak mandi dah ni
 Aqil main air jer... la
 Kakak semua dia cuba....
 Gelongsor tinggi ni pun dia berani naik....
 Ni pun dia naik...
 Kakak dah kesejukan... 
 Sudah demam duk berselimut kat katil
Tak sabar nak main air....

05 June 2013

Kenduri lagi 1 Jun 2013

Hari ni memang hari mengahdiri kenduri, ada 3 yang perlu di hadiri sebab semua keluarga sebelah abang, dalam tengahari pergi kenduri kat Serting kenduri Kahwin anak Alang, Lepas dah selesai makan gerak lak ke Johol, kenduri kahwin Mak Induk, jiran sebelah rumah Uwan, kiranya dua pupu abang lak, dah sampai petang majlis dah selesai pun, makanan still ada lagi tapi aku tak laratlah nak makan nasi, setakat ambik buah, air dan ada aiskrim jer. Malam tu pulak Angah buat majlis makan², emm sampai ke malam hari ni asyik makan² jer. Angah ngan bakar sate, ikan, dan memacam makanan yg dimasak nya. Mak aiii sapa on diet memang hancur diet memasing hari ni..... so sampai kitorang balik rumah sampai pukul 1pagi.... mak aiii penat + kenyang giler.....

 Aqil still ngan gadget ada ditangan
 Kakak... dengan peace!!
 Kitorang pakai purple sama lak ngan pengantin rupanya
 Nak hantar ke rumah perempuan
 Irwan dan Anis.... selamat pengantin baru
 Ini budak mesti posing kat pelamin
 Kat rumah kenduri kedua... hanya ni jer sempat tangkap gambar... dah penat
Kat rumah angah... ni pun kakak hasya yg tangkap gambar ni...