18 June 2013

Macam² @ Melaka

Emmm agak lama jugak kami tak ke Melaka menjengah car wash kat sana. So weekend lepas pergilah jenguk sekejap. Pergi  sabtu petang sampai dah malam. Sesampai sana tengok ada lagi keter tengah dicuci. Yang best kat sini semua kedai dekat. Kedai makan pun agak banyak so tak yah pergi jauh², may be sebab Hostel UTEM kat sini so kedai makan agak murah kira rate harga student. Dah malam, kitorang lepak layan tv ajalah. Esok pepagi lepas dah minum buka kedai, kalau sabtu dan ahad memang agak banyak kereta masuk. Anak² lak rambut dah panjang belaka, ada kedai gunting rambut di sebelah kanan so kasi potong rambut Kakak Hasya dan Aqil. Emm murah jer kat sini kena RM5 sorang.... baju raya pun aku tempah kat sini jugak sebelah kiri kedai kitorang ni ada kedai tukang jahit. Harga pun agak murah berbanding KL, hari tu aku dah test sepasang so kira ok dan kemas jugak jahitannya, kali ni apa² hal kat Melaka ajalah..... bagus jugak kan!!!!

 Ni lah rambut Kakak, sudah pendek...

Kakak dan Aqil lepas gunting.... senang sikit nak urus.

No comments:

Post a Comment