22 July 2013

Salam Ramadhan 1434.....

Salam Ramadhan, sedar tak sedar dah 13 hari berpuasa ke hari ini. Sekejap aja masa berlalu. Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia dan sangat diberkati. Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yang sebelumnya.

Dan hari yang ke 13 ini, first day Kakak Hasya bangun sahur. Bila cakap semua orang puasa dia pun nak puasa jugak... puasa dia tak minum susu ajalah... katanya hari ni nak puasa, emm iyerkan aja kecik sangat lagi utk aku latih dia berpuasa, aku dulu pun darjah 1 baru belajar pose, puasa penuh darjah 2. Ini baru 5 tahun, biar ajalah dulu, tapi sembahyang terawikh dia ikut la, hari mula² tu buat penuh, lepas² tu sekarang ni ikut dia nak buat berapa je. Ikutlah kakak, asalkan tak mengganggu jemaah lain.

Preparation untuk raya lak sebelum pose dah shopping untuk baju anak², abg dan brg rumah sikit. Cuma yang tak beli sikit² jer lagi.... Selalunya aku shopping kat Sogo ajalah sebelum pose mesti ada Member's Day so masa itulah aku mengambil kesempatan nak cari yg kualiti ok dan harga amat berpatutan. Kali ni pergi ngan adik aku sekali so ada geng, seawal pagi dah keluar nak dapat parking dekat dan senang. Lepas tu dah Q nak masuk. Emm panjangnya, aku paling tabik kat suami² yang sanggup ikut isteri shopping sama bawa anak² lagi. Aku lak lebih suka sendiri..... ikut memasinglah kan.

Hasil shopping, dlm plastik jer.... nanti tunjuk isinya tak suprised lak nanti dan pulangan kalau shiopping masa members day.... voucher Sogo.... ini boloeh shopping lagi.

 Hahaha penuh bonet kecik keter aku tu

 Voucher Sogo.... shopping lagi

No comments:

Post a Comment