30 November 2009

Hasya Lak Yang Sakit.....

Memang balik raya kali ni anak-anakku sakit belaka... emm satu hari raya tu, hasya sakit perut sebab bila dia menyusu aja dia berak cair, habis keluar. Lepas tu dia boleh muntah pulak lepas tu. Kasihan betul nengok eh!! tapi nak buat camana. Masa tu perasan dia kena masa kat rumah Mak Lui, pagi tu dia cuma demam dan bawa dia ke klinik murthi sebab itu aja klinik yg buka cuti² raya ni. Dah tu balik bagi ubat dia muntah, emm tak boleh masuk ubatlah jawabnya, ayah dia sibuk gak ajak jalan ke Lui, bawa lah dia ke sana, sampai sana dia muntah lak.... lepas tu ingatkan ok, dah muntah dia makan kuih lepas tu berak lak cair dan habis baju seluar dia sekali. emm nak kata apa, cuci dan nasib baik ada bawa baju tido sepasang, terus pakai baju tido ajalah jawabnya. Balik lak singgah kat rumah paktih, hasya berak

Aqil Kembung Perut... huhuhu

Nak dijadikan cerita balik kampung kali ni tak tahu nak cerita macamana dah!!! Mula-mula Aqil kembung perut yang menyucuk² sakit tu, sampaikan menangis tak berhenti².... aduh hai ingatkan kenapalah dia nangis macam tu sekali, dah memacam cara buat nak cuba hentikan dia nangis, sampaikan mak dah sapu bawang putih kat badan² dia.... tak jugak ok, lepas tu sapu lak bawang merah.... emm still tak jugak...

Emm dah tak boleh nak buat apa, bogelkan dia dan tengok lak seluruh badan.... rupanya kembung yang datang menyucuk² tu sampai kejang kaki dia menahan sakit. Eida dah sapu ubat kat perut dan siap urut² perut lagi tak keluar gak angin tu... jenis angin yang degil.... So dah habis ikhtiar buatlah air halia utk buang angin tu, mak buat suam² dan letak gula sikit... emm memula dia minum rasa lain macam lepas tu dia suka lah pulak.
Kena tak sampai 5 minit lepas tu dia pun kentut keluar angin tu.... fuh lega sungguh nengok dia lepas tu dah boleh senyum... emm lega rasanya. Barulah aqil boleh senyum dan main². Bagi susu lepas tu dia pun boleh tido lena, bangun pun nak menyusu aja....

Raya Korban

Raya Haji kali ni balik kampung aku lah pulak, walau tak semeriah mana pun tapi tetap seronok bila balik ke kampung sendiri, macam biasalah lepas

17 November 2009

Kursus Di Langkawi

Emm dah lama tak kursus jauh² ni sebab ada anak kecik, malas nak pergi kursus jauh² ni. Bahagian eida buat kursus lak kat Langkawi 13-15 nov ni, emm kalau ikutkan hati malas nak pergi sebab kat kampung ada kenduri sepupu kahwin. Tapi diwajibkan pulak, aduh hai!! dah lah baru dari mc yang panjang sakit mata. Ish !! serba salah nak mengelak, so nak tak nak terpaksalah eida pergi jawabnya.

Emm pergi naik bas sebab melibatkan satu Bahagian, emm dah lama sungguh eida tak naik bas macam tu, tapi kasihan anak² sebab aqil tinggal ngan mama dia, hasya lak makcik ku bawa balik kampung, emm sabar ajalah jawabnya.

Emm kursus tak lah seberapa sangat yang lebihnya berjalan aja, eida lak dah habis pusing langkawi tu so tak kisah sangatlah. Cuma mama diorang pesan beli kuali buat roti jala, emm tak kisah bebenar eida boleh carikan dan jasa dia lagi besar masa jaga aqil tu.

emm lam jugaklah eida

Jalan-Jalan ke Fraser Hill 7-8 Nov

Weekend ni memang dah plan nak ke Fraser Hill sama dengan family abang, emm macam biasalah pepagi lagi abg dah sibuk kejutkan suruh bangun dan bersiap sebab nak gi ambik mak kat rumah along, anip tak leh pergi so tak cukup kereta nak bawa diorang ni semua. So abg terpaksalah berkorban pergi ke sana ambik dan bawa mak.

Emm keluar rumah dah pukul 9.00am sampai rumah along dalam pukul 10am, yang naik ngan kitorang Dik Nas, tak kisahlah, kalau nak bawa ayah susah lak, anak aku bukan jenis duk diam so susah nanti. Dah ambik bawa diorang ke Fraser Hill, Hasya biasalah buat perangai tak leh duk diam, Aqil lak ntah kenapa di bantainya menangis sepanjang jalan sampai tahap buntu eida dibuatnya. Emm masa berhenti ok lak tu. Sampai sana lega sungguh rasanya. Emm memang tak keluar kemana² pun sebabnya makanan dah ada, lagipun memang tak ada tempat nak jenjalan pun kat sana.

Malam lak kitorang buat BBQ, emm puas hati sebab banyak makanan. Punyalah cepat membakar ayam dan ikan tu sebab gara² bola sepak malam ni, diorang nak nengok nanti. Lepas dah masak kitorang makan. Eida dah makan awal lagi masa diorang tengah membakar lagi. Lepasa tu lepak nengok bola, Piala Malaysia NS lawan Kelantan. Puas hati bila NS menang, tapi ganas sungguhlah penyokong² kelantan tu.

Ahad lak, minum pagi masa eida nak makan dah tak ada apa, so eida ajak abg keluar makan, lagipun yang lelain dah kenyang. Lepas eida mandikan bebudak ni eida pun bersiap. Abg lak dah mandi kitorang keluar, emm sampai kat Padang Golf kereta abang buat hal lak, nasib baik dah sampai kat pekan tu, so kitorang jalan kaki aja gi makan kat masjid tu. Tapi tak sedap langsung dan tak byk pilihan. Nak buat camana makan ajalah apa yang ada. Lepas makan abg settlekan batery kereta dia dan nasib baik leh jalan semula. Kitorang balik ke bunglo dan bersiap nak check out dan balik. tapi kena tunggu turun pukul 2.00pm, sementara tu kitorang pun pergi makan kat tempat biasa. Orang ramai lauk banyak dah habis, so makan apa yg ada sahaja. Nak order lak takut lama sangat lak nanti tak sempat nak turun pukul 2pm, jenuh lak menunggu jawabnya.

Dah selesai makan kitorang balik dan sampai kat bawah kereta buat hal lagi, aduh hai. So jalan ajalah tanpa air cond. Akhirnya sampai gak ke rumah. Lega sungguhlah rasanya. Inilah percutian ke Fraser Hill yang teruk rasanya... !!!

Sakit Mata

Jadi sejarah family kitorang kali ni sebab serangan sakit mata. Punca dari Hasya dapat dari rumah Pengasuh dia. Aduh hai sabar ajalah bebanyak jawabnya. Emm yang mula² kena dia, lepas tu jangkit kat Eida dan Aqil dan last sekali ayah yang kena.

Hehehe kelakar pun ada masa semua sakit mata, sebab dah lah tak boleh nak keluar kemana duk kat rumah ajalah jawabnya. Emm risau gak ni sebab kitorang dah plan nak pergi Fraser Hill sama family abang. Emm tak tahulah jadi ke tak ni, kalau teruk camana lak nanti. Tapi kalau tak jadi rugilah sebab dah booking dan bayar. Lepas tu kasihan lak kat diorang yang dah bersemangat nak pergi tu. Macam kitorang ni tak heran sangat dah lah sebab dah pernah pergi.

Emm nasib baik masing² sakit mata tak lama sangat ambik masa dalam 3 hari aja, Aqil pun tak kena teruk sangat tapi yg paling teruk eidalah yang kena sampai mc 4 hari + sabtu dan ahad jadi 6 hari. Tak seronok pun sebab cuti sakit mana best.... BOSAN adalah.....