17 November 2009

Jalan-Jalan ke Fraser Hill 7-8 Nov

Weekend ni memang dah plan nak ke Fraser Hill sama dengan family abang, emm macam biasalah pepagi lagi abg dah sibuk kejutkan suruh bangun dan bersiap sebab nak gi ambik mak kat rumah along, anip tak leh pergi so tak cukup kereta nak bawa diorang ni semua. So abg terpaksalah berkorban pergi ke sana ambik dan bawa mak.

Emm keluar rumah dah pukul 9.00am sampai rumah along dalam pukul 10am, yang naik ngan kitorang Dik Nas, tak kisahlah, kalau nak bawa ayah susah lak, anak aku bukan jenis duk diam so susah nanti. Dah ambik bawa diorang ke Fraser Hill, Hasya biasalah buat perangai tak leh duk diam, Aqil lak ntah kenapa di bantainya menangis sepanjang jalan sampai tahap buntu eida dibuatnya. Emm masa berhenti ok lak tu. Sampai sana lega sungguh rasanya. Emm memang tak keluar kemana² pun sebabnya makanan dah ada, lagipun memang tak ada tempat nak jenjalan pun kat sana.

Malam lak kitorang buat BBQ, emm puas hati sebab banyak makanan. Punyalah cepat membakar ayam dan ikan tu sebab gara² bola sepak malam ni, diorang nak nengok nanti. Lepas dah masak kitorang makan. Eida dah makan awal lagi masa diorang tengah membakar lagi. Lepasa tu lepak nengok bola, Piala Malaysia NS lawan Kelantan. Puas hati bila NS menang, tapi ganas sungguhlah penyokong² kelantan tu.

Ahad lak, minum pagi masa eida nak makan dah tak ada apa, so eida ajak abg keluar makan, lagipun yang lelain dah kenyang. Lepas eida mandikan bebudak ni eida pun bersiap. Abg lak dah mandi kitorang keluar, emm sampai kat Padang Golf kereta abang buat hal lak, nasib baik dah sampai kat pekan tu, so kitorang jalan kaki aja gi makan kat masjid tu. Tapi tak sedap langsung dan tak byk pilihan. Nak buat camana makan ajalah apa yang ada. Lepas makan abg settlekan batery kereta dia dan nasib baik leh jalan semula. Kitorang balik ke bunglo dan bersiap nak check out dan balik. tapi kena tunggu turun pukul 2.00pm, sementara tu kitorang pun pergi makan kat tempat biasa. Orang ramai lauk banyak dah habis, so makan apa yg ada sahaja. Nak order lak takut lama sangat lak nanti tak sempat nak turun pukul 2pm, jenuh lak menunggu jawabnya.

Dah selesai makan kitorang balik dan sampai kat bawah kereta buat hal lagi, aduh hai. So jalan ajalah tanpa air cond. Akhirnya sampai gak ke rumah. Lega sungguhlah rasanya. Inilah percutian ke Fraser Hill yang teruk rasanya... !!!

No comments:

Post a Comment