Emm tetiba balik dari kerja hari tu, abang dan hasya lambat naik ke rumah, ingatkan kemana aja?... rupanya dalam 1/2 jam kemudian naik kakak hasya dah potong rambut, emm penuh rambut kat baju dan towel yang dipegangnya. Emm sabar ajalah terpaksalah eida mandikan. Baju dan seluar yang dipakai tak leh masuk dlm bakul kainnya, kalau tidak semua kena rambut nanti. Aduhai ayah dia ni pun, kalau nak potong rambut anak ni, pakaikan baju yang tidak melekat rambut. Ini tidak.... Sabar ajalah bebanyak jawabnya...
Ni lah gambar Hasya yang rambut pendek sekarang ni.... senang nak jaga sebab sebelum ni rambut panjang dia bukan nak ikat pun, tak leh nak melawa betullah anakku itu...
Inilah kisah hidupku!!! Ikutilah kisah hidupku sebagai seorang Ibu dan Isteri kepada keluargaku yang tercinta. Semua akan kupaparkan di blog ini. SEKIAN!!!
18 August 2009
17 August 2009
Hujung Minggu (15-16 Ogos)
Minggu ni memang bersejarah bagi family ku sebabnya tidak keluar kemana² dan aku rasa macam aku jadi suri rumah sepenuh masa... apa tak nya sepanjang hujung minggu aku masak untuk makan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam.... Kalau keluar pun abang aja, itupun sebab nak membeli barang rumah. Selain daripada itu kitorang duk lepak kat rumah. Seronok gak, tapi kasihan kat anak-anak aja. Sebab dah lah tinggal kat rumah macam tu, memang tak jejak tanah langsung. Memandangkan kesihatan anak pun tak lah seberapa baik benar, ada eloknya kitorang tak kemana²... anak-anakku kena selsema, yang adik kekadang badan panas sebab demam, tapi cegah awal gi klinik check dan didapati demam biasa aja.... biasalah anak tengah nak membesar.
10 August 2009
Bercuti Di Port Dickson (8-9 Ogos)
Minggu ni memang dah plan ngan family abang nak pergi bercuti di Port Dickson, anak kecik lagi so tak leh nak jalan jauh² setakat dekat² sahaja. Pagi dah bersiap kitorang bertolak, abang nak cepat tapi dia sibuk gi beli ayam dan ikan nak buat BBQ malam nanti, nak cepat camana kalau anak tak ada orang nak jaga, kena tunggu dia balik jugaklah baru boleh bersiap. Dah bersiap barulah leh gerak itupun dah pukul 11 lebih, sampai sana terus check in kat Rumah Peranginan Persekutuan. Apartment 2 bilik, eida booking 1 bilik sebab memang tak bawa toto pun. Dah masuk tu tengok sempit kalau reramai nanti. Emm pepandai koranglah adjust nanti. Bab eida dah selesai dah lah. Bila dah sampai semua padat jugaklah... aqil lak susah nak tido sebab dah bising dan reramai tu. Itupun puas Eida control tak bagi diorang masuk bilik tu kacau Aqil Haqimi. Acara makan² dulu, memasing bawa bekalan makanan, dah kenyang makan lepas asar semua turun pergi ke pantai, termasuklah bawa Aqil Haqimi tu. Nasib baik mak tak mandi dia tolong pegangkan Aqil, Hasya dah siap pakai bikini dia tu, sanggup eida belikan semata-mata nak pergi PD ni. Beli kat Sogo, anakku pakai baju yg branded aja. Seronok betul Hasya Dini... tengoklah aksi anakku main pasir kat pantai tu.... Ayah sibuk main bola ngan yg lelain.... bantai ajalah walaupun tak cukup orangnya....
Malam lak kitorang buat BBQ, abang orang kuat yang start buat api dan membakar ayam dan ikan, emm best jugak, nasib baik malam ni aqil baik dia tido aja. Bolehlah Eida melayan Kakak Hasya yang tak kenal erti penat tu. Aduh hai berpeluh melayan dia aja, malam ni diorang celebrate birthday ayah, anip dan aty. Emm eida tak joint pun sebab aqil tido dan eida bawa hasya naik sekali nak suruh dia tido dan bagi susu. Dah habis acara tu diorang naik nak tido dah lah, penuh giler rumah tu, confirm orang pelik nengoknya. Nasiblah hai, eida malas nak kata apa dah lah.
Pagi Ahad pulak lepas dah breakfast diorang pergi pantai semula, eida malaslah nak pergi. Tapi kakak Hasya tetap turun sama dengan ayah dia. Emm anakku itu langsung tak takut... bagus betullah tapi tak leh dibiarkan, emm ntah berapa dah tertelan air laut pun tak tahulah tu.... dah puas mandi laut pukul 12pm kitorang gerak balik, sebelum tu bergambar reramai dulu... ni lah family sebelah abang.... ramai kan????
Malam lak kitorang buat BBQ, abang orang kuat yang start buat api dan membakar ayam dan ikan, emm best jugak, nasib baik malam ni aqil baik dia tido aja. Bolehlah Eida melayan Kakak Hasya yang tak kenal erti penat tu. Aduh hai berpeluh melayan dia aja, malam ni diorang celebrate birthday ayah, anip dan aty. Emm eida tak joint pun sebab aqil tido dan eida bawa hasya naik sekali nak suruh dia tido dan bagi susu. Dah habis acara tu diorang naik nak tido dah lah, penuh giler rumah tu, confirm orang pelik nengoknya. Nasiblah hai, eida malas nak kata apa dah lah.
Pagi Ahad pulak lepas dah breakfast diorang pergi pantai semula, eida malaslah nak pergi. Tapi kakak Hasya tetap turun sama dengan ayah dia. Emm anakku itu langsung tak takut... bagus betullah tapi tak leh dibiarkan, emm ntah berapa dah tertelan air laut pun tak tahulah tu.... dah puas mandi laut pukul 12pm kitorang gerak balik, sebelum tu bergambar reramai dulu... ni lah family sebelah abang.... ramai kan????
05 August 2009
Demam....
Hari ni balik dari kerja rasa badan lain macam aja. Sampai rumah lepas dah menyusukan Aqil, dia pun tido, eida pun membaringkan diri, sebab kaki rasa sejuk sangat dan dalam rasa panas..... Pada awalnya abang buat tak tahu aja.... tetapi dah perasan baru dia rasa badan eida yang dah kepanasan ini..... emm malam ni eida makan sup yang abang belikan. Lepas dah makan eida makan ubat dan baring. Nasib baik Aqil Haqimi pun sama tido.... cuma kakak hasya aja yang tak mahu tido awal. Emm suruh ayah dia jagalah kalau tidak dia akan kacau eida...... akhirnya lena jugak sampai ke pagi.....
03 August 2009
Mak Datang Umah!!! - 31 Julai
Hari ni Mira bagitahu dia dan mak nak datang ke rumah, emm seronoknya dalam hati bila mak datang.... macam biasalah eida terus inform abang. Dah bagitahu petang ni tak sabar nak balik ke rumah. Tapi Mira inform lambat lak sikit sampai, so eida pun terus balik ambik anak dulu, nampak gayanya kenalah abang yang gi ambik diorang nanti. Emm sampai rumah dalam 6.30pm Mira bagitahu diorang dah dekat sampai stesen komuter kepong central. Abg keluar bawa Hasya sama. Emm sempatlah eida mengemas bilik tu sebab penuh kain baju tak berlipat atas katil tu!!! emm maklum ajalah aklau hari kerja mana sempat nak melipat kain dan sebagainya. Sampai aja mak, mira dan zaty kat rumah, hasyalah paling suka sebab ada orang nak melayan dia. Aqil pun sama ada aja yang melayan dia bersembang, dapatlah eida buat keja eida. Malam ni eida masak kan utk mak dan diorang semua. Dah masak hidang untuk makan malam.... Syoknya bila mak ada kat rumah....
Subscribe to:
Posts (Atom)

