17 August 2009

Hujung Minggu (15-16 Ogos)

Minggu ni memang bersejarah bagi family ku sebabnya tidak keluar kemana² dan aku rasa macam aku jadi suri rumah sepenuh masa... apa tak nya sepanjang hujung minggu aku masak untuk makan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam.... Kalau keluar pun abang aja, itupun sebab nak membeli barang rumah. Selain daripada itu kitorang duk lepak kat rumah. Seronok gak, tapi kasihan kat anak-anak aja. Sebab dah lah tinggal kat rumah macam tu, memang tak jejak tanah langsung. Memandangkan kesihatan anak pun tak lah seberapa baik benar, ada eloknya kitorang tak kemana²... anak-anakku kena selsema, yang adik kekadang badan panas sebab demam, tapi cegah awal gi klinik check dan didapati demam biasa aja.... biasalah anak tengah nak membesar.

No comments:

Post a Comment