10 August 2009

Bercuti Di Port Dickson (8-9 Ogos)

Minggu ni memang dah plan ngan family abang nak pergi bercuti di Port Dickson, anak kecik lagi so tak leh nak jalan jauh² setakat dekat² sahaja. Pagi dah bersiap kitorang bertolak, abang nak cepat tapi dia sibuk gi beli ayam dan ikan nak buat BBQ malam nanti, nak cepat camana kalau anak tak ada orang nak jaga, kena tunggu dia balik jugaklah baru boleh bersiap. Dah bersiap barulah leh gerak itupun dah pukul 11 lebih, sampai sana terus check in kat Rumah Peranginan Persekutuan. Apartment 2 bilik, eida booking 1 bilik sebab memang tak bawa toto pun. Dah masuk tu tengok sempit kalau reramai nanti. Emm pepandai koranglah adjust nanti. Bab eida dah selesai dah lah. Bila dah sampai semua padat jugaklah... aqil lak susah nak tido sebab dah bising dan reramai tu. Itupun puas Eida control tak bagi diorang masuk bilik tu kacau Aqil Haqimi. Acara makan² dulu, memasing bawa bekalan makanan, dah kenyang makan lepas asar semua turun pergi ke pantai, termasuklah bawa Aqil Haqimi tu. Nasib baik mak tak mandi dia tolong pegangkan Aqil, Hasya dah siap pakai bikini dia tu, sanggup eida belikan semata-mata nak pergi PD ni. Beli kat Sogo, anakku pakai baju yg branded aja. Seronok betul Hasya Dini... tengoklah aksi anakku main pasir kat pantai tu.... Ayah sibuk main bola ngan yg lelain.... bantai ajalah walaupun tak cukup orangnya....

Malam lak kitorang buat BBQ, abang orang kuat yang start buat api dan membakar ayam dan ikan, emm best jugak, nasib baik malam ni aqil baik dia tido aja. Bolehlah Eida melayan Kakak Hasya yang tak kenal erti penat tu. Aduh hai berpeluh melayan dia aja, malam ni diorang celebrate birthday ayah, anip dan aty. Emm eida tak joint pun sebab aqil tido dan eida bawa hasya naik sekali nak suruh dia tido dan bagi susu. Dah habis acara tu diorang naik nak tido dah lah, penuh giler rumah tu, confirm orang pelik nengoknya. Nasiblah hai, eida malas nak kata apa dah lah.

Pagi Ahad pulak lepas dah breakfast diorang pergi pantai semula, eida malaslah nak pergi. Tapi kakak Hasya tetap turun sama dengan ayah dia. Emm anakku itu langsung tak takut... bagus betullah tapi tak leh dibiarkan, emm ntah berapa dah tertelan air laut pun tak tahulah tu.... dah puas mandi laut pukul 12pm kitorang gerak balik, sebelum tu bergambar reramai dulu... ni lah family sebelah abang.... ramai kan????

No comments:

Post a Comment