27 February 2013

Happy Birthday Kakak Hasya

26 Feb tahun ni birthday Kakak Hasya yang ke 5 tahun, dah besar anak Umi dah. Makin besar makin panjang akal, semoga Kakak menjadi anak yang solehah, anak yang bijak dan baik dan disenangi oleh semua orang. Tahun ni tempah kek birthday Kakak pada member ofis aku, tengok dlm facebook dia, bila kakak nampak ada kek barbie doll terus nak order kek tu, masa aku call dia yang cakap nak kek barbie, baju color pink dan blue. Aduh hai sabar ajalah, nak kata apa. Masa birthday Kakak malas nak suruh sekolah dia celebrate, kami sekeluarga gi makan² ajalah. Abang booking Restoren Bora Asmara di Sg.Penchala, pernah gi sekali dulu lepas tu lama dah tak pergi so kali ni pergi lagi sekali, sekarang dah tukar nama Asmara Penchala. Dah alang² nak kesana aku ajak family makcik aku sekali, dorang pun bertiga jer. So meriah sikitlah.
Kek Birthday Kakak

 Birthday Girls

 Excited nak potong kek
 Mira dan makcik

  Tengah potong kek

Uwan dan Atuk .... Hasya (aka makcik & pakcik aku)
Hasya dan Uwan...
Hasya dan Maktih

18 February 2013

Kerja Kuat

Cuti CNY baru² ni aku sekeluarga pergi ke kedai car wash yang diusahakan bersama, dah nak cuti memang banyaklah kereta yang nak dicuci, sesampai sana aja tengok banyak gak keter tengah Q, kengkawan adik aku yg keja ada 4 org (masuk dia 5) mana nak cukup. So terpaksalah abg dan mira buat keja sama, aku jaga duit jer, anak² layan gadget memasing..... Moga-moga berjaya bisness yg kami usahakan ni....
So selamat bekerja....

 kerja-kerja vacum dan lap keter
 siap diri kat keter customer ni, tak nak kat tempat yg disediakan
 tengah sibuk mencuci tu...
 motor pun banyak gak yang dtg nak cuci
 pekerja import dari KL turun
 tokei kedai, makan pun bungkus jer...

06 February 2013

Alhamdulillah.... Hopefully Success

Alhamdulillah, akhirnya car wash yang kitorang nak buka dah pun mula dibuka pada 02 Februari 2013. Semoga berjaya.....

Sebelum cuci kereta orang lain rasmi cuci kereta sendiri dulu.....


Setting dulu apa² yang perlu


 Dah selesai cuci


Ini Banner nya..... buat setakat ni banner jer lah