11 June 2013

Jalan² Cuti Sekolah - Gold Coast Morib

Cuti sekolah ni bawa anak-anak gi mandi manda kat gold Coast Morib. Emm itu pun kebetulan booking online ada kosong pada 2-3 Jun. Kenalah kami ambik cuti sebab dah hari isnin. Tapi tak apalah satu hari aja pun. Pergi sana dari kampung sebab baru lepas kenduri rumah saudara mara. Kalau hari ni kenduri nasiblah jawabnya. itupun gerak dari kampung dah pukul 1pm, emm lambat gak sampai sana sebab jalan jammed, dekat pukul 5pm baru sampai. Sesampai sana dah check in, bila Hasya dan Aqil nampak team park tak sabar nak mandi, aduh hai sabar ajalah. Dorang mandi sampai pukul 7pm jenuh ajak balik bilik, dah nak magrib dah. Kata esok boleh mandi lagi baru nak naik. Masuk bilik dah mandi lepas magrib turun dinner. Package kitorang ni ada dinner sekali, not bad gak makanannya. Banyak pilihan jugak, lepak ajalah makan sikit² sampai pukul 9 lebih baru naik bilik. Dah penat tido....
Esoknya pepagi tu dah eida kejutkan dorang ni breakfast dulu, kalau lambat mesti ramai sebab penuh nampaknya musim cuti sekolah ni, emm nasib kitorang cepat sikit, tengok jer pukul 8.30++ am tu dah queue ambik makanan punyalah panjangnya, memang banyak pilihan tapi dah ramai tu faham ajalah. Lepas breakfast anak² sibuk nak main air lagi.... punyalah beraninya hasya dari semalam ke hari ni semua benda mainan tu dia naik, sensorang dia jer, tak payah nak minta ayah dia teman dah la. Kitorang ni jaga dia kat bawah jer. Ada gak eida naik sekali dua mak aiiii tak beranilah hai.... melayang rasanya..... cukuplah tu... pukul 10.30am hasya dah kesejukan sampai menggigil²... sampai diselimutkan ngan towel. Rupanya dia demam... patutlah pun.

 Ready nak mandi dah ni
 Aqil main air jer... la
 Kakak semua dia cuba....
 Gelongsor tinggi ni pun dia berani naik....
 Ni pun dia naik...
 Kakak dah kesejukan... 
 Sudah demam duk berselimut kat katil
Tak sabar nak main air....

No comments:

Post a Comment