08 March 2010

Seoule Garden - One Utama (28 Feb)

Birtday Ayah..... emm tak tahu nak belanja kat mana?..... Lastnya masa balik dari rumah Adik Ipar kat Puchung tu.... terus singgah kat One Utama.... emm makan kat Seoule Garden.... kebetulan adikku Mira ada sekali....



Masa nak masuk, penuh lak, diorang suruh tinggalkan nombor tele nanti dah kosong diorang contact, jenjalan dulu, kat sana kalau dah pukul 8.30pm tak ada gak kena cari tempat lain lah,Eida cadang nak makan kat Restoren Papa Rich kat area rumah tu, baru buka dan dengar cerita western foodnya memang best !!! dalam pukul 8.15 pm dah dapat call ada tempat kosong. So terus gi ke sana... abg lak dengan selamba minta discount (sebab kalau birthday leh dapat 50% disc).... walaupun tak tersenarai dalam calendar, budak yang jaga cashier tu still bagi.... heheheh ok gak lah....


Emm abg jaga anak eida gi ambik makanan sama ngan Mira, dah agak banyak, rilek dan makan²... kenyang sungguh makan dari pukul 8.15pm sampai pukul 10pm baru kitorang gerak balik rumah.... sampai aja kat rumah anak² pun dah ngantuk....

02 March 2010

Cuti-Cuti di Bukit Tinggi 26 - 27 Feb 2010


On the way ke Bukit Tinggi (dalam kereta)....

Seperti yang dijanjikan lepas jumaat kitorang satu family gerak ke Bukit Tinggi, booking Selesa Resort, ingatkan kat area Bukit Tinggi tu, rupanya resort tu letaknya awal lagi dari exit ke Bukit Tinggi, so u turn semula. Emm jauh rupanya resort tu nak ke Bukit Tinggi yang ada byk tempat cantik² tu.... aduh hai dah bayar kena stay jugaklah. Sampai kat Selesa Resort tu cuma ada Padang Golf aja.... kalau nak jenjalan kena keluar dari sana.... dah tak ada pilihan petang tu kitorang keluar.... sekarang nak masuk semua tempat kena bayar.... tapi tak kisahlah, janji happy... mula-mula masuk kat Rabbit Park.... hehehe rabbitnya bodoh jer... hasya lak takut² berani nak sentuh rabbit tu. Lepas tu nampak orang naik keldai bukannya kuda (rupa seakan sama) nak naik gak, bila Ayah letakkan dia nangis... hehehe apalah Hasya ni.... dah bosan kat sana kitorang gi pulak ke Colmar Tropicale....

Kat Colmar Tropicale


Yang ni Gambar kat Rabbit Park


Sampai sana abg malas nak bawa kereta, tapi shuttle bus memang ada disediakan. So macam biasalah lepas dah dapat parking pergi naik shuttle bus ke Japanase Garden... emm leh tahan gak jauhnya... masa naik shuttle bus tu.... segerombolan pelancong iran memonopoli tempat duduk, diorang ni siap nyanyi sekuat² hati sambil tepuk² tangan, sukalah hasya dan aqil sama tepuk tangan sekali....

Sampai kat Japanase Garden tu jenuh gak jln kaki... aduh hai stroller Aqil tak bawa lenguh dukung dia (tp kalau bawa pun susah gak camana nak tolak naik tangga dan bukit² tu), pass pada abg lak, ingatkan jaga Hasya lagi senang rupanya lagi semput duk kejar dia aja... aduhai!! rasa serik nak bawa jalan dah.... dah penat turun dari sana tunggu shuttle bus balik ke Colmar Tropicale semula.... sampai sana jalan² dan posing² tangkap gambar aja....

Dah kepenatan balik semula bilik dan rilek jap... petang tu gi bawa hasya dan aqil ke swimming pool, punyalah seronok hasya sampai tak mahu balik bilik, emm terpaksa dukunglah jawabnya sebab ada Majlis Sambutan Maulidur Rasul kat situ.... tak kan nak duk situ lak.... ish! ish! ish! Dia punya nangis lah.... Masyaallah....


Gaya Aqil dan Hasya kat swimming pool

Esok lepas dah breakfast bawa dia mandi kat swimming pool semula, sampailah dia puas hati.... bila ajak balik dia kata "jom"..... kalau ditanya dia jawab "tak nak" tak payahlah jawabnya.... dah balik bilik mandi kemas² dan check out.....

Balik abang leh singgah kat Sailor Rest di Janda Baik yang kitorang pergi dulu.... emm owner resort tu layan punyalah bagus.... lagi cantik resort tu dihiasnya.....Abg plan nak booking satu malam utk bawa family dia kat sana lak.... emm ikut ajalah. Lepas dah lunch terus balik rumah... penatnya!!!

24 February 2010

Birthday Hasya + Ayah

Hehehe hujung bulan 2 ni ada 2 birthday nak kena celebrate, nasib baiklah hasya tak pandai nak minta apa² lagi.... kalau ayah awal² dah bagi hint.... eemmm sabar ajalah....

Ingat nak buat birtday hasya jumaat (26/02) ni dah kebetulan jatuh hari cuti lak.... plan dah bagus dah.... sekali ayah tak setuju.... so apa lagi survey lah untuk gi jenjalan kemana².... emm dah last minute.... lastnya dapat lah booking Bukit Tinggi.... terus call ayah untuk confirm...
hehehe sib baik dia setuju terus booking.... dapatlah semalam, jadilah daripada tak kemana²....
kat sana ajalah beli kan kek.... sempoi aja.... hadiah utk ayah, Umi belikan bawa ayah sekali nanti. Senang leh pilih sendiri.... untuk hasya nanti Umi belikan basikal kot.... sibuk betul nampak gambar basikal, suruh ambik.... hehehe

09 February 2010

Gila Photo....

Hehee standarlah, eida baru dapat tahu software untuk upload photo, punyalah seronok create dan upload gambar anak beranak..... taaraaaa ni lah hasilnya....



gambar posing anak beranak......

lagi.....
dan lagi.....

05 February 2010

Hantar adikku ke HUKM

Hari ni memang hari yang sibuk betul dibuatnya.... apa taknya dengan meeting yang tak pernah habis, dengan report itu dan ini yang nak kena buat dan memacam lagilah. Belum masuk lagi urusan peribadi yang terpaksa diuruskan dalam 2 hari ni.....

Adikku yang kecik ada urusan untuk check up kat HUKM, emm sapa lagi kalau bukan aku yang kena hantar. So macam biasalah mak dan adik datang naik komuter jer. Kekadang kasihan nengok mak tapi Eida tak larat lak nak jemput dan menghantar. Emm so nak tak nak terpaksalah emak datang naik komuter. Kalau ikutkan hati nak cuti aja hari ni tapi dengan keja dan report nak kena buat dan esok lak kena attend 2 meeting pagi sampai ke petang, terpaksalah eida datang ke ofis untuk keja hari ni.

Bila mak dah sampai kat Stesen bank Negara, eida gi ambik dan bawa terus ke HUKM, awal lagi masa tu. Eida bawa mak dan zaty makan nasi ayam kampung. Emm order utk makan 3 orang emm mana lak habis dimakan, lauknya ajalah tapi nasi dan ayam habis lah makan. Lepas makan terus hantar ke sana. Emm ambik nombor dan menunggu, adalah dalam sejam jugak. Emm standard lah tu, lepas tu barulah gi jumpa doktor. Lepas jumpa tu dah settle appoitment lagi 3 bulan, aduh hai kejap aja esok dah sampai 3 bulan. Dah selesai balik ke rumah eida, singgah beli barang jap lepas tu bawa emak dan zaty ke rumah, Esok ajalah mak dan zaty balik ke kampung jawabnya.!!!