03 January 2013

New Scholl for Aqil dan Hasya

Kali ni Hasya dan Aqil tukar sekolah baru lak, sebelum ni hantar ke Sri Qistina, tapi kali ni hantar ke Q-dees. Tak berapa jauh sangat dari sekolah lama pun.
Pepagi dah happy nak ke sekolah baru, sampai sana emm ramai lah pulak student sebab dia ambik dari 3 - 6 tahun. Tahun ni kelas Kakak dan Aqil berbeza, sebab Kakak 5 tahun kelas di bawah dan Aqil 4 tahun kat atas. Disebabkan dah biasa dulu satu kelas, dah lah Aqil nangis (nak satu kelas dengan kakak). Aduh hai, hari ni kat sini dengar tangisan anak² yg first day sekolah. Hasya ok jer, sebab Aqil tak nak masuk kelas terpaksalah kakak temankan Aqil masuk kelas dia dulu. Bila nampak Aqil dah ok baru suruh dia turun masuk kelas dia. Ingatkan Kakak ok rupanya kakak pun nangis gak sebab dah ramai bebenar nangisnya. Bila dipujuk² baru ok. Emm aku kena tunggu sampai kelas habis hari ni sebab jiran kat rumah pun minta tolong tengokkan anak dia jugak, dia balik sekejap. Naib baik sampai pukul 11 pagi jer, kalau tidak sampai pukul 12 t/hari.
 Pepagi dah siap sedia nak ke sekolah


 Dah habis kelas tunggu masa nak balik ni
 Balik sekolah kepenatan... terus tido

28 December 2012

Cristmas @ The Curve...

Ni lah hiasan Cristmas dekat The Curve.... setiap tahun mesti cantik dan menarik....
Yang suka posing nya Kakak Hasya lah....







The Hobbit....

Cuti cristmas lepas, seharian duk kat rumah, nak keluar tak tahu nak kemana. Akhirnya malam lepas magrib abg ajak keluar gak, bosan katanya. Emm tanya Hasya nak kemana? Kakak nak tengok wayanglah, dah lama kakak tak tengok wayang, katanya macam tu. Emm abg kata jom pergi tengok kat teh curve, sampai sana dekat 8.30mlm dah. Emm tengok citer apa yg best.... yang ada waktu terdekat tu citer The Hobbit, emm tengok jer lah.... bolehlah layan sapa tengok cite lord of the ring ada kesinambungan dengan citer tersebut. Nasib baik Hasya dan Aqil ok jer tengok citer tu walau tak berapa faham tapi jebnuh jawab soalan dorang....
Yg ada gambar tiket jer... jadilah!!!

Badminton Tournament...

Dah lama dah ni tapi baru nak citer, Abg ada tournament badminton ngan geng di Sri Damansara, dah pindah kat Sungai Buluh pun tapi dia tetap main ngan dorang, Bulan ni ada tournament, antara group dorang gak. Buatlah makan² sikit dan game utk anak² (pertandingan mewarna)....
Ni lah aksi abg dan anak-anak...

 Aksi kakak mewarna
 Yang ni aksi Aqil lak
 Gaya abg main badminton
 Final antara abg and the gang dan pihak lawan
Hadiah tempat kedua, dapat reket baru....

07 December 2012

Tahniah Optimistiq (KIK JKM KL)

Hari Inovasi JKMM dibuat di Bayview Resort, Batu Feringgi Pulau Pinang pada 27-28 November lepas, disebabkan aku ada menyertai KIK Peringkat Jabatan aku so pergi ke sana kenalah buat Pameran (sebab list antara 5 terbaik)  dan kalau menang malam tu diumumkanlah...

Tak disangka² kumpulan aku dapat nombor dua, Alhamdulillah syukur hasil penat lelah 2 tahun buat projek tu berjaya jugak. Bukan setakat wakil KIK JKMKL saja, wakil dari Institusi Asrama Bahagia pun menang tempat ke 3, manakala wakil PDK pun menang tempat ke 3. Bagi Anugerah AI3P pengurusan pelanggan JKM KL menang tempat pertama, so boleh senyum pengarah bila semua wakil yang masuk dapat tempat dan yang penting nama KL disebut.

 Bersama Pengarah dan Timbalan Pengarah I

 Diantara yang hadir ke sini

 Piala hasil kemenangan kami...

 Booth Pameran kami

  Bersama semua pemenang pada malam tersebut