07 May 2013

Selamat Mengundi..050513

Jom kita mengundi..... kali ni kalau nak diikutkan kali ke 4 aku mengundi tapi yang sebenar-benarnya aku baru mengundi kali ke dua... bukan tak nak ngundi tapi disebabkan masalah yang dihadapi. Supposed kali pertama mengundi nama tak daftar, so tak berpeluang, kali kedua aku mengundi, kali ke tiga lak aku tak pergi sebab bersalin Hasya, masih di wad lagi kat KL, sedangkan nama aku mengundi di kampung, now kali ke empat aku pergi mengundi ngan bawa anak sekali. Still mengundi di kampung, sebab Abg tak nak tukar alamat dia nak mengundi kat kampung dia. so aku pun malas nak ubah alamat, baik ngundi kat kampung gak... Masa hari mengundi memang sengaja nak pergi petang sebab kalau pagi confirm ramai orang. Pergi mengundi di Sek. Keb. Kampung Talang. Aku pergi sama adik² aku dan mak aku sekali, pukul 3.00pm sampai sana memang lengang jer, terus aja masuk bilik mengundi. Emm ntah apa² letak dakwat biru kat jari telunjuk kiri, emm anak aku pulak sibuk ikut nak pangkah sama.... emm sabar ajalah. Selesai lepak jap tengok² sekolah lama dah 25 tahun aku tinggalkan.... banyak kenangan manis di sekolah ini.
Jom Kita Mengundi budak 2 orang ni ikut sama
 Peace !!!
 Sempat posing... orang pun dah tak ada
 Di SK Talang
Jumpa saudara sempat menyembang dulu...

Happy Anniversary To Us...

Tarikh 30 April genaplah usia perkahwinan kami yang ke 9 tahun, emm sedar tak sedar dah 9 tahun rupanya. Tiada yang special celebration yang simple jer.... Hadiah anniversary Abg dah bagi seminggu awal, so tak ada yang suprised sangat. Malam tu kitorang gi dinner jer kat Tony Roma's @  The Curve. Lepas dah makan² lepak jap balik rumah, esok 1 Mei memang cuti tiap² tahun.....
Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan ke 9, semoga ikatan perkahwinan ini akan kekal hingga ke akhir hayat. Semoga kami menjadi ibu bapa yang sesempurna seboleh mungkin kepada anak² kami. Insya Allah...

 Hadiah Anniversary...
Kami Berdua
 Aqil dan Ayah
 Kakak dan Maktih
 Aqil dan Ummi
 Delicious Food

Kakak dan Aqil

29 April 2013

Annual Sports Day Q-Dees BRP

Pada 21 April lepas hari sukan sekolah tadika Kakak dan Aqil, maka pagi ahad tu pepagi lagi dorang dah kena bangun, dah mula sukan pukul 8am, seawal pukul 7am dah kena kejutkan. Memasing excited nak bersuka ok jer bangun paginya. Dalam 7.45am baru gerak, sukan buat kat Dewan SK Bandar Baru Sungai Buluh, jauh sikit dari rumah. Sampai sana antara terawal gak kitorang ni, dah kata pukul 8am maka sampai pun lebih kurang time tu jugak, ada dua orang anak dapat dua kad cabutan bertuah. Sampai jer dorang adalah dapat roti dan vitagen utk dorang minum ni.

Acara bermula, bukan banyak sangat pun, sorang satu games jer pun, aqil masuk acara masuk air dlm botol, group aqil dapat nombor satu, kakak lak masuk acara lari dalam guni, group dia dapat nombor 3, ada acara utk parent aku mula malas nak masuk dah dipanggil kat cikgu tu suruh masuk join jer lah, ok gak dapat nombor 3 dapat gak hadiah.

Hadiah cabutan bertuah banyak hamper dan adalah mula² cabutan tu hadiah turpaware jer, lepas tu hamper sederhana dan yang besar² last sekali grand prize, scooter untuk budak². Aku pegang satu kad dapat hamper yg sederhana tu jer. Yang abg pegang tu tak dapat² pun, dia kata yang first tu dia dapat, masa dia umum betul lak, tak sangka memang bertuahlah hari ni. Cikgu² tu pun perasan kata family yang bertuah hari ni, semua acara dapat hadiah. Alhamdulillah semua dari Allah. Selesai majlis dah minum dan makan lepas tu balik.

 Aqil dan kawan-kawan
 Kakak dan kawan-kawan
 Acara sukaneka Aqil
 Acara sukaneka Kakak
 Acara Sukaneka utk parent
 Kakak terima hadiah
 Aqil terima hadiah
 Menang hadiah cabutan bertuah
Hasil hadiah yang kami dapat

25 April 2013

Happy Birthday Aqil... 4 years old

Happy birthday Aqil, tahun ni birthday Aqil 20 April betul² jatuh pada hari Sabtu, mulanya nak celebrate kat rumah jer, tapi mesti kena masak² sikit dan order makanan. Emm malas pulak rasanya. So at last celebrates kat luar ajalah, ajak family makcik aku sekali. So booking steam boat kat D'Manggis. Aqil request kek ultraman, aduh hai bebudak sekarang ni memacam kek yang dia nak. Suruh member ofis buat kan moist chocolate cake, printed gambar ultraman. Actually dia suruh buat kek ultraman berdiri, aish mana nak buat camtunya. Nak macam kek barbie kakak, katanya macam tu. Bila cakap kat dia kat kedai tak ada kek macam tu nasib baik dia boleh terima. Sabar ajalah ngan anak-anak ni.



 Kakak Hasya dan Mak Longnya
 Makcik dan anak dia
 Kek Birthday Aqil
 asal tangkap gambar "peace"

1 family

01 April 2013

Jalan-Jalan @The Curve

Khamis lepas, tetiba malam abg ajak gi The Curve, selalunya jarang pergi hari keja ni, tapi aku cuti esoknya apa salahnya. Ingatkan apa jer, dia nak shopping rupanya. Sampai sana ada kat sana ada "Playtime at The Curve"... emm apa lagi Hasya dan Aqil mana nak ikut ayahnya gi shopping, jadi abg gi sendiri aku melayan dorang kat sinilah, Legoland ada lak siapkan tempat nak main lego, ada mewarna hello kitty, emm duk situlah aku kesudahanya. Dah selesai abg shopping baru dtg ke tempat kitorang lepak, hehehe org lelaki shopping kejap jer. Dah settle brg yg dia nak cari kitorang gi makan chicken chop kat UpTown lama tu, "Lanun" apa ntah namanya tak ingat. Still ramai orang walaupun dah lewat malam macam ni.

Ni la aktiviti Hasya dan Aqil....