Tahun ni tanggal 26 Februari genaplah umur Kakak 6 tahun. Kek Kakak still nak gambar barbie. This time aku tempah edible cake chocolate moist kat member ofis je. Senang order kat dia ni.
Birthday Kakak celebrate kat school dia jer. Lagipun this year is last school kat Q-Dees. Mesti kakak seronok dan excited. Sebagai tambahan menu eida masakkan mee goreng, nugget, dadih coklat dan goodies bag untuk kawan2 kakak.
Inilah kisah hidupku!!! Ikutilah kisah hidupku sebagai seorang Ibu dan Isteri kepada keluargaku yang tercinta. Semua akan kupaparkan di blog ini. SEKIAN!!!
04 March 2014
05 February 2014
Mandi Manda @ Kalumpang
Citer lama bulan satu hari tu, dah cuti hari Thaipusam sambung sabtu ahad... so tak adalah plan nak kemana. Jumaat duk kat rumah jer, hari sabtu anak² dah sibuk ajak gi jalan. Emm Abg lak terus ajak gi mandi kat Kalumpang boleh singgah kat ruma Anjo sekali. Emm main redah jer mana sempat nak prepared apa² so dah packing baju² terus gerak ke sana dah nak tengahari dah pun, sampai sana singgah TF Grocceries kat sana beli jerlah apa² makanan utk dibawa ke sana. Sampai rumah Anjo dia dah masak bihun tomyam lak, makan dulu. Lepas makan baru pergi sana. Sejuk giler airnya, so tak adalah eida nak mandi jawabnya. Tapi bebudak ni tak reti sejuk, selamba jer dia pi main air tu.
20 January 2014
Selamat Pengantin Baru Mira
Awal2 bulan ni adalah bulan yang paling sibuk buat diriku, terutamanya nak menguruskan majlis perkahwinan adikku Mira, daripada pergi mengajak kenduri, sampai ke hari langsungnya. Nak buat camana dah aku kakak sulungnya, memandangkan ayah aku tak berapa sihat kasihan lak nengok mak aku nak uruskan semua terpaksalah aku dan adikku Ujang bertungkus lumus menguruskan semua sekali. Alhamdulillah selamat semuanya dan Syukur pada Mu Ya Allah semuanya berjalan dengan lancar. Dari Hari Majlis Akad Nikahnya pada 10/01 sehinggan hari bersanding pada 11/01 dan hari bertandang ke rumah lelaki pada 12/01. Jadi layan gambar jer...
Majlis Akad Nikah
Majlis Berinai
Majlis Berarak dan Bersanding
Acara Potong kek
Bertandang ke rumah Lelaki
Orang-orang kuat...
Bersama Mak dan Adik Beradik
Bersanding di rumah Pengantin Lelaki
16 January 2014
My Birthday....
Alhamdulillah, sekarang dah mencecah umur ke 38 tahun... huhuhu sudah tua dah, nak cecah ke 4 series dah ni, macam tak caya jer kan. Walau apapun syukur padaMu Ya Allah kerana aku diberi kesempatan hidup di dunia ini. Celebaration birthday pun sempoi jer, memandangkan pada tarikh 8 Januari aku nak balik kampung dulu dan abg balik kemudian, maka celebrate pada 7 Januari malam tu... tak kisahlah janji dia ingat. Jadinya abg bawa kami makan² di Victoria Station Damansara. Itu jer yang paling dekat ngan rumah. Janji celebrate.... Terima kasih tak terhingga kepada hubbyku...
06 January 2014
Happy New Year...
Walaupun agak lewat tapi still nak wish happy new year gak... moga tahun ini memberi keberkatan dalam hidup berjaya dunia dan akhirat dan satu lagi harapan nak membesarkan lagi cabang perniagaan yang diceburi.... Amin
Di awal tahun ini juga agak sibuk dengan persiapan Majlis Perkahwinan Adikku Mira. Akulah yang agak sibuk sedikit untuk membantu mak aku menguruskan segala hal memandangkan ayah ku tidak berapa sihat. Semoga semua berjalan dengan lancar hendaknya.
Di tahun ini juga anak-anak ku still bersekolah di Tadika yang sama iaitu Q-Dees dekat ngan rumah jer. Masa sekolah mula buka pergi gak la sekolah. Rupanya first and second day tu Orientasi untuk student baru. Jadi second day anak aku tak yah ke sekolahlah jawabnya. Boleh tambah cuti lagi sebab mula sekolah 6 Januari ni.
Di awal tahun ini juga agak sibuk dengan persiapan Majlis Perkahwinan Adikku Mira. Akulah yang agak sibuk sedikit untuk membantu mak aku menguruskan segala hal memandangkan ayah ku tidak berapa sihat. Semoga semua berjalan dengan lancar hendaknya.
Di tahun ini juga anak-anak ku still bersekolah di Tadika yang sama iaitu Q-Dees dekat ngan rumah jer. Masa sekolah mula buka pergi gak la sekolah. Rupanya first and second day tu Orientasi untuk student baru. Jadi second day anak aku tak yah ke sekolahlah jawabnya. Boleh tambah cuti lagi sebab mula sekolah 6 Januari ni.
Subscribe to:
Posts (Atom)




















