21 September 2015

Happy Anniversary To Us...

Tahun 2015 genaplah 11 tahun usia perkahwinan kami, semoga ianya kekal hingga ke Jannah. Semoga Allah melindungi kami sekeluarga. Semoga suamiku tabah melayan karenah isterinya ini bersama anak-anak yang tersayang.

Syukur atas nikmat yang dikurnikan Allah selama ini.

Simple celebration makan² kat Vasco Hilton, KL Sentral. Suprised dari abang, tetiba ajak dinner kat situ, tapi bukan berdua, bawa anak² sekali. Tak sampai hati lak nak tinggalkan anak²... so bawak ajalah sekali.









14 September 2015

Happy Birthday Aqil... now 6 Years

Tarikh 20 April genaplah usia Aqil yang ke 6 Tahun, sekejap jer masa berlalu.... dah besar anak Ummi. Kali ni celebrate birthday pun simple² jer, hanya kami anak beranak jer. Dah biasa diajar begitu dari kecil  so dorang tak kisah sangat pun.

Kebetulan pulak 20 April tu hari Isnin, merangkap hari bekerja dan hari sekolah. Plannya malam ni keluar makan dan potong kek birthday. Yang penting anak Ummi menjadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat.

Ni masa Aqil dari baru lahir sampai umur 6 tahun


  Simple Celebration @ Tree Steak House Sg. Buluh

QDees Sport Days

Tarikh 19 April, hari sukan sekolah Aqil. Disebabkan murid sekolah Aqil tak berapa ramai dia join sekali dengan Qdees Desa Coafields... jadi ramai dah meriahlah... tapi kali ni hadiah tak banyak macam hari sukan sebelum² ni. Jadilah daripada tak ada aktiviti langsung, janji anak² happy bersukan dengan kawan² sekolah. Ada jugak acara dengan parents, join gak lah kalau tidak tak sporting lak nanti.

 Aqil, Ayah dan Kakak

 Aqil, kawan² dan guru² sekolah

 Aqil terima hadiah

 Aktiviti anak dan parents, Ummi jadi mangsa

 Games Aqil dah nak mula

Aqil dan Kawan² buat persembahan.

Dan tak lupa di majlis ni Aqil telah di minta untuk membacakan doa bagi memulakan majlis ini.

02 September 2015

KidZania - TQ Maklong

Tercapai gak hajat Kakak dan Aqil nak masuk Kidzania, kitorang memang plan nak bawa dorang tapi tunggu kakak darjah2 dan aqil darjah 1 tapi, last² maklong offer nak belanja kakak dan aqil, apa lagi dorang ni.

TQ Maklong Fatin....

 Ready dah nak masuk ni

 Duit pun dah stand by

 Q please

 Jadi bomba

 Bomba...

 Makeup favourite kakak



 Ni jadi doktor gigi

 Ni pulak nak jadi pemberita... kot








 Yang ni boleh jadi pilot


Hot Spring Sungai Klah

Cuti² sekolah semerster break bulan 3 ni tak tahu nak bawa anak² kemana so tak rancang apa pun pergi ke rumah sepupu dorang kat Tanjung Malim, so aktiviti hari ni pergi mandi manda kat Hot Spring Sungai Klah, ini pertama kali kitorang ke sini. Itupun Anjo dan Zaki bawa kitorang ke sini. Wah menarik rupanya di sini. Tak perlu gi jauh² pun. Emm seronoklah hasya dan aqil memang favourite dorang sampai tak nak balik. Oklah anak² next time kita datang lagi ok.

 Ready nak mandi manda


 Sempat merebus telur disini


 Rendam kaki dalam kolam air panas

 mandi manda di kolam air sejuk


Ini di dalam kolam air panas