31 May 2013

Selamat pengantin Mala dan Pasangan....

Kalau cuti sekolah dah bermula maka bermulalah jemputan ke majlis perkahwinan sanak saudara. Emm kekadang rasa macam tak larat nak pergi tapi nak baut camana dah kalau saudara mara tak kan tak pergi kot.... weekend baru-baru ni memang ada jemputan masjlis perkahwinan sepupu jauh sikitlah... sampai terlupa. Mak yang telefon ingatkan semula. Dah lah aku masa tu kat Melaka pi jenguk kedai jap. Memang tak ada plan nak gi kenduri pun.... maka terpaksalah selepas subuh gerak balik kampung sebab mak nak pergi kenduri tu. Yang perginya mak aku dan anak² aku jer. Abg tak ada minggu ni dia outstation ke Perlis dan Penang. So aku anak beranak + adik aku jer lah pergi Melaka dan balik kampung sendiri...

Kakak ngan gula²

Aqil mesti ada gadget kat tangannya

 bersama saudara mara
 Mak yang tersayang....
 Nilah pengantinnya.... Mala dan pasangan
 Lepas pengantin bersanding dia berdua lak duk situ...

29 May 2013

Movie Time - Ironmen 3

Actually dah pergi tengok pada 18 mei lepas tapi baru nak citer, lagipun citer ni dah lama kat movie so target pun tak ramai orang. Emm kitorang pergi pun tak ada booking tiket terus gi kalau ada terus beli, nasib baiklah ada lagi sebab pergi pun dah 8pm++ emm malam minggu biasalah ramai orang. Pergi lak kat The Curve sentiasa penuh dan meriah. Dapat beli pun seat depan, emm tak kisahlah. Janji dapat tengok... best gak layan citer ni kalau ikuti dari iron men 1 & 2 lah. Start movie kul 9.35pm habis lak pukul 11.45pm, dah habis movie gi makan kat uptown lama tu, suka makan steak kat Gerai Lanun Steak kat situ.... sedap gak.

 Aksi Kakak dan Aqil.... emmmm

 Hargha tiket dah murah sikit masa mula² keluar tu mahal...

15 May 2013

Selamat Pengantin Baru Wani dan Pasangan

Weekend baru-baru ni aku mengahdiri majlis perkahwinan sepupu aku, kenduri hari Sabtu, maka pepgai sabtu jugaklah aku balik kampung. Sekarang kenduri bukan macam dulu banyak keja nak buat sekarang ni datang kenduri pun makan aja. Sesampai sana dah tengahari terus makan dulu, lepas makan barulah duk dlm rumah tengok pengantin jap. Lepas pengantin bersanding dah makan beradab selesai majlis. Lepas tu balik rumah mak aku lak. Ni lah gambar pengantinnya.

Pengantin baru nak bersanding
 Cuaca yang panas, berpeluh-peluh muka kakak

 Dah kekenyangan makan
 Dorang dah rasmikan pelamin dulu
 Kakak dan Aqil bersama saudara mara
Selamat Berbahagia hingga hujung nyawa

07 May 2013

Selamat Mengundi..050513

Jom kita mengundi..... kali ni kalau nak diikutkan kali ke 4 aku mengundi tapi yang sebenar-benarnya aku baru mengundi kali ke dua... bukan tak nak ngundi tapi disebabkan masalah yang dihadapi. Supposed kali pertama mengundi nama tak daftar, so tak berpeluang, kali kedua aku mengundi, kali ke tiga lak aku tak pergi sebab bersalin Hasya, masih di wad lagi kat KL, sedangkan nama aku mengundi di kampung, now kali ke empat aku pergi mengundi ngan bawa anak sekali. Still mengundi di kampung, sebab Abg tak nak tukar alamat dia nak mengundi kat kampung dia. so aku pun malas nak ubah alamat, baik ngundi kat kampung gak... Masa hari mengundi memang sengaja nak pergi petang sebab kalau pagi confirm ramai orang. Pergi mengundi di Sek. Keb. Kampung Talang. Aku pergi sama adik² aku dan mak aku sekali, pukul 3.00pm sampai sana memang lengang jer, terus aja masuk bilik mengundi. Emm ntah apa² letak dakwat biru kat jari telunjuk kiri, emm anak aku pulak sibuk ikut nak pangkah sama.... emm sabar ajalah. Selesai lepak jap tengok² sekolah lama dah 25 tahun aku tinggalkan.... banyak kenangan manis di sekolah ini.
Jom Kita Mengundi budak 2 orang ni ikut sama
 Peace !!!
 Sempat posing... orang pun dah tak ada
 Di SK Talang
Jumpa saudara sempat menyembang dulu...

Happy Anniversary To Us...

Tarikh 30 April genaplah usia perkahwinan kami yang ke 9 tahun, emm sedar tak sedar dah 9 tahun rupanya. Tiada yang special celebration yang simple jer.... Hadiah anniversary Abg dah bagi seminggu awal, so tak ada yang suprised sangat. Malam tu kitorang gi dinner jer kat Tony Roma's @  The Curve. Lepas dah makan² lepak jap balik rumah, esok 1 Mei memang cuti tiap² tahun.....
Selamat Hari Ulang Tahun Perkahwinan ke 9, semoga ikatan perkahwinan ini akan kekal hingga ke akhir hayat. Semoga kami menjadi ibu bapa yang sesempurna seboleh mungkin kepada anak² kami. Insya Allah...

 Hadiah Anniversary...
Kami Berdua
 Aqil dan Ayah
 Kakak dan Maktih
 Aqil dan Ummi
 Delicious Food

Kakak dan Aqil