
Hari ni adalah kenduri akikhah dan cukur jambul Aqil Haqimi.... pepagi lagi ayah dah bising suruh bangun cepat!! emm nak tak nak bangun ajalah.... terus mandi siap² nanti ramai orang susah lak. Bila eida dah mandi senang nanti uruskan anak aja. Anak dah berdua ni kena cekap sikit buat kerja, kalau tidak nanti... emm sendiri mahu ingatlah...
emm pagi ni dalam pukul 10pagi acara berandoi utk Aqil, masuk dalam buaian tu.... seronok aja dia tido... nasib baiklah kalau tidak sure nangis dan marah. Lepas tu eida ayunkan aja. Hasya lak ramai yang melayan dia tak adalah dia kesahkan sangat pada eida. Kasihan anakku itu, tapi nak buat camana... sayang anakku itu. Lepas dah berandoi, masa berzanji bawa Aqil untuk cukur jambul, emm habis kepala basah dek air tepung tu!!! cian anakku dah selesai kat atas bawa lak ke bawah... punyalah dia marah sebab rimas agaknya. Dah selesai bawa Aqil masuk dan netekkan dia, lepas tu buka seluar jeans dan kasut dia sebab kepanasan. Tadi aku pakaikan sebab nak nampak handsome anakku itu....
Petang dah selesai kenduri barulah lega rasanya. banyak gak habis duit buat kenduri macam tu makan gak RM 2 - 3 Ribu. Tapi memang dah lega betul sebab kedua² anak dah buat dah pun.
Dah kepenatan Aqil tido ajalah jawabnya. Nanti aku masukkan gambar masa majlis tersebut.... orait
No comments:
Post a Comment