
Especially kalau birthday selalunya kitorang gi jenjalan weekend nya tak kisahlah jauh ke atau dekat janji keluar dari KL. Emm sempena birthday eida ni kitorang gi jenjalan ke Morib, biasanya kitorang booking Rumah Persekutuan. Emm konon nak meriah ajak Induk Siah sekali, tapi dia tak dapat lak nak joint, lepas tu kebetulan masa nak datang sini singgah kat rumah Along, ajaklah dia sekali. Tapi Cik Wan lak keja, so tak ada sesapa kitorang ajalah lepak dan rilek. Sampai sana lepas dah check in duk lepak kat rumah tu, emm rumah 2 bilik, kira ok gaklah dan siap ngan astro sekali, tapi yg basic ajalah. Emm eida rilek ajalah melayan hasya main kat playground. Petang keluar gi cari kedai minum, sebab nak minum petang, emm jauh gak kedai makan kat sini dah tak banyak pilihan sangat pun. Nampak org jual kuih tepi jalan kitorang berhenti beli dan bawa ke rumah rehat tu. Malam lak, lepas magrib kitorang keluar gi cari sea food, emm jauh lak rupanya. Lastnya makan kat area dekat ngan rumah rehat tu jugak, ok gaklah makan ikan siakap, sayur, tomyam, telur dadar dan ulam semua kena RM33 aja.... Hasya lak tunjuk skill menari kat situ, nak balik diorang bagi Hasya buah epal sebiji. Emm kelakar betul anakku itu.

No comments:
Post a Comment