Kalau Kakak Hasya bawa aja masuk ke kedai potong rambut dia mesti nangis dulu, aduhai anak ku yang sorang ni ntah kenapalah dia fobia sangat nak potong rambut. Rimas betul nengok rambut dah panjang depan dan belakang. Bila nak diikatkan dia tak mahu, itu yg paksa gak dia potong rambut tu....
Bawa aja dia masuk dah nangis dulu, hehehe sabar ajalah. Lepas tu pujuklah dia. Tapi bila suruh dia duduk atas kerusi tu memang dia tak nak, so terpaksalah eida duduk sama sambil pegang dia. Emm dengan eida sama kena bungkus... hehehe. Nasiblah tak nangis. Ikut hati nak potong aja rambut belakang Hasya kasi pendek sekali, tapi masalahnya ayah tak bagi lak, emm kot rajin lak ikatkan rambut anak tu. So ikutkan ajalah kehendak hati ayah nak anak dia rambut panjang. Dah selesai Kakak Hasya turn Aqil pulak, dia rilek jer mulanya.... lepas tu dia dah rimas mulalah dia tak duduk diam, sampai nangis kena pegang. Terpaksalah jawabnya tak kan sebelah aja potong, sebelah lagi tidak.... akhirnya selesai gak....
Huh!!! paling teruk kena rambut si Aqil lah, bawa balik rumah mandi lagi sekali dan tukar semua baju.... kalau bab mandi dan main air dua² suka. Kalau dibiarkan lama² pun tak apa....
memang budak² suka main air.....
No comments:
Post a Comment