Bulan ni memang bulan kursus agaknya.... apa tak nya lepas habis Kursus Oracle Business Intelligence (BI) kat Bandar Tasik Selatan, kena lak attend Kursus kat INTAN Terengganu. Emm nak kata apa terpaksalah jawabnya. Sebab Kursus kat INTAN tu untuk career dan masa depan ku.... tapi nak cerita punyalah stress masa kursus tu :-
sebab terpaksa siapkan satu assignment untuk membangunkan satu sistem baru atau untuk penambahbaikan sistem. Lepas tu dah sampai kena lak present assignment tersebut. Nak present tu tak ada masalah sangat tapi yang jadi masalah betul ker tak assignment tu, sebab sorang² jer pikir nak bangunkan sistem yg besar macam tu. Emm dah tu nak kata apa present jer lah. Alhamdulillah settle dah lah, ingatkan habis kat situ jer. Lepas tu kena lak buat design dan segala benda dengan detail and then present again. Emm ada gak yg tak tido mlm tu nak menyiapkan sebab dah tak ada masa nak buatnya. Tapi nasib baiklah Eida dah prepared siap² cuma nak kena betulkan mana yang tak betul aja.....
Jadual masa kat sana memang pack giler, memang tak ada masa nak rilek even tido pun tak cukup. Lepas tu hari last ada lak exam, emm soalan boleh tahan gak sebab segala berkaitan IT semua masuk, yang paling banyak soalan network. Emm jawab ajalah setakat mana yang mampu. Dah habis exam barulah kepala rasa lega seleganya.... wah!!! selesai satu beban. Emm sempatlah tido jap sebelum balik sini sebab flight 7.15 mlm......
No comments:
Post a Comment