Seperti yang dirancang.... pada 8-9 Mei kitorang pun pergilah ke Cherating.... emm saja jer nak keluar dari KL ni dan nak rilek.... pagi dalam pukul 9 lebih gerak ke sana, sekali berhenti aja, dah sampai dan check in kat hotel Suria Cherating Resort dalam pukul 2.00pm.... sampai² aja rilek jap kitorang keluar semula cari makan lak, memang banyak kedai makan kat area sana. Emm lepas dah makan balik semula ke bilik, abg nak rilek dulu sebab penat drives, tapi Hasya lak dah nampak swimming pool tak sabar nak pergi dah....
Tapi tak leh nak ikut sangat sebab cuaca kat luar panas terik, kalau mandi kat pool memanglah tak terasa panas, takut kot gelap jer nanti.... hehehe
Lepas tu dlm pukul 5 lebih baru bawa dia ke Pool.... emm tak ingat dia, bukan setakat Hasya, tapi Aqil yang kecik baru setahun tu pun sama gak.... Laut dekat jer, lepas tu bawa Hasya ke sana... hehehe sekali dia kena ombak sampai terjatuh terus tak nak masuk laut dah.... nak gi ke swimming pool semula.... aduh hai anakku itu.
Emm dah dekat pukul 7pm ajak Hasya naik, agaknya dia dah puas main air barulah nak naik bilik, kalau tidak jangan haraplah....
Lepas dah mandi semua, kitorang keluar gi makan malam lak, cari kedai/restoren cantik dengan hiasannya. Tapi bila makan emm macam biasa aja..... tak kisahlah janji perut yang lapar terisi. Dah makan balik bilik dan rilek.... anak² dah penat bagi susu terus lena.
Ahad tu pulak, bangun aja dah siap terus gi breakfast dulu, Hotel setakat 3 star aja, kira oklah makanan dia.... emm dah coffee house nya dekat ngan swimming pool, bila Hasya nampak aja dia tak sabar nak masuk, aduh hai anakku itu..... agaknya nak kena ada pool kat rumah kot.... huhuhu tak mampulah Umi sayang....
Lepas dah breakfast tu tukar baju dia dan bawa masuk swimming pool semula. Punyalah dia suka, lepas tu bawa gi pantai nangis sebab tak nak. Emm layan ajalah ekhendak dia. Dah puas sampai dia kata "Jom" barulah balik ke bilik, emm dah pukul 11 am dah pun, siap dan kemas² check out dan balik ke Kl semula.....
No comments:
Post a Comment