03 August 2010

Cuti² @ Sabah

Khamis 22 Julai

Hari ni dah cuti sebab petang nanti flight ke Sabah dalam pukul 5.10pm, macam biasalah dalam pukul 3pm baru gerak dari rumah, nasib baik member abg ada lak yg bawa Limo KLIA tu, so dia yang bawa kitorang ke LCCT. Sesampai kat sana, queue dah panjang utk ke KK, ish sabar ajalah tapi nak buat camana queue ajalah, dah check in terus masuk sebab sampai pun dah ngam² masanya tak perlu nak menunggu lagi, Hasya excited lah "Umi, aeroplane, duk kata macama tu !!!" selalunya nengok kat tv jer, hehehe naik tu bukannya dia nak duduk diam, sabar ajalah, kebetulan ramai lak org kita jer yg duduk dekat² tu. So ramai lah yang melayan Hasya dan Aqil, seronoklah diorang. Bosan lama dlm flight macam tu, penat nak control aqil dan hasya nak jalan² pulak dia, emm bila sampai sana lega sungguh, hehehe sampai sini pun kawan abg ada, dia yg ambik kitorang dari airport terus ke promenade hotel, bilik ala² studio house, murah dan besar, kereta yg kitorang nak sewa pun dah hantar ke sini, Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Dah check in hotel, keluar semula, gi makan food lah apa lagi, emm banyak sungguh pilihan dan kitorang ni dibawa oleh kawan abg yg dah biasa kat sini, so bawa ke kedai yg dia selalu makanlah, emm order jangan tak order, perut pun dah lapar sebab dah lewat gak makan. Emm aqil dan hasya pun suka ikannya memang fresh sungguh, dah makan pergi lak ke pasar malam yg byk giler jual mutiara, beli kat sini lagi murah berbanding beli kat Pasar Filipina tu, emm sempat gaklah eida membeli gelang dan set brooch, tak dpt sangat memilih, dok nak control hasya kita pegang satu dia dah ambik dua tiga, habis camno!!! aqil lak dah penat dan mengantuk agaknya, emm dapat beli sikit dulu cukuplah.... balik ke hotel, penat dah !!! anak² terus lena.

Jumaat 23 Julai

Pagi ni bangun dah terang benderang, emm kalau ikut jam baru pukul 6.30am, sini kan awal sejam dari sana memang lah !!! emm malas nak keluar gi breakfast. Abg jer turun gi beli sebab kalau nak turun sesama lambat lak nanti, dah minum bersiap lak, kitorang nak gi ke area kundasang, sebab nak jenjalan kat area sini esok jer lah, emm dalam pukul 10 kitorang check out dan jalan ke Kundasang lak, nak ke sana main redah jer, hehehe nasib baik betul. Itupun berapa kali berhenti bertanya supaya tak sesat jalan, emm boleh tahan jalan ke sana, sapa yg tak biasa mahu termuntah jawabnya sebab jalan tak ada langsung yang lurusnya, nasib baiklah bebudak ni tak kira lena aja dlm kereta. Dah jauh rasa jalan tapi still tak jumpa Pines Resort tu, lastnya call, rupanya dah dekat kitorang ni. Sampai aja, keluar dari kereta dah terasa kesejukan kat sini walaupun tengah panas macam ni!!! dah check in masuk bilik, emm tak ada air cond pun, sebab dah ada aircond semula jadi!! fuh sejuknya, perut dah lapar, lagipun kereta tu dah kena isi minyak dah lah!!! ish kelakar ikut map shell tu tepi jln tp jenuhlah kitorang cari tak jumpa, emm dah tak jumpa ada restoren kitorang makan dulu, sejuknya kat sini memang kena pakai sweater jawabnya.... lepas dah makan tanya kat org tu mana stesyen minyak rupanya kat bawah tu jer, alahai patutlah tak nampak ada 2 pam jer, lepas tu logo shell tu kecik jer, hehehe

Minyak dah isi, kitorang pun gi jalan. Kat area sini ada National Park, tempat org nak daki gunung tu, ada hot spring dan Ladang teh Sabah, emm jauh² jugak, so abg ajak gi Ladang Teh, emm jauhnya jalan dia ke sana(ingat dah sesat dah), rasa macam nak u turn jer, tapi nasib baiklah dekat sini nampak signboard nya. Sesampai sana tak ada org pun, kitorang satu family, so lepak kat cafe minum² dulu dah alang² dari jauh kitorang dtg. Emm ladangnya tak secantik kat Cameron Highland lah. Tak lama lepas tu barulah ada orang lain lak datang. Dah lepak kitorang gerak balik, nak singgah hot spring emm malaslah setakat air panas jer, lagipun dah gelap dah balik resort pulak, sampai kat pines resort dengan kabus tebal, emm sejuknya !!! tapi anak² eida rilek jer, walaupun tangan dah sejuk dah. Lepas tu balik bilik, lepas mandi gi dinner lak, kat sini package hotel masuk dinner dan breakfast, emm boleh tahan gak lauk²nya. Ingatkan buffet tapi hidang rupanya, ada lima jenis lauk, buah, nasi dan air 2 jenis, kira oklah kalau macam tu. Lepas makan lepak² kat luar menikmati keindahan di kaki gunung kinabalu. Duk dlm bilik tak ada chanel tv yg best pun, lepas tu abg ajak keluar, emm apa yg ada kat kawasan tu, semua dah tutup... lastnya balik tido jer lah!!!

Sabtu 24 Julai

Pagi ni memang sejuk giler, kalau tak ada air panas ish memang tak mandilah jawabnya. itupun lepas mandikan hasya dan aqil dia menggigil kesejukan. Lepas tu kitorang gi breakfast, emm ramai betul org pagi ni, kena tunggu kosong sikit tempat baru boleh masuk. Makanan utk breakfast ni kira oklah, makan bihun goreng dan roti, lepas makan rilek jap jalan² kat area tu, dalam pukul 10am kitorang check out.... so apa lagi jalanlah. Kitorang singgah kat National Park, emm tak ada yg menarik sangat pun, lepas tu dah jalan² kitorang terus ke KK semula, sampai sana dah tengahari, emm nak cari parking utk berhenti makan memanglah seksa. Terus jalan ke Tanjung Aru, harap ada gerai makan boleh makan tengahari kat sana aja, kat sana ada lak Sambutan Hari keluarga, punyalah ramai orang, malas lak nak gi makan sana, so rilek jap. Hasya lak excited nampak laut nak ke sana, uh !! tak adalah nak mandi susah nanti. Tak makan lagi ni terus pergi ke Centre Point, makan kat sana. Lepas dah makan jalan lagi pergi ke Pasar filipina, nak menambah koleksi mutiara, belilah sourvenier utk adik beradik dan utk mak. Susah bawa hasya masuk sini semua dia nak pegang. Sabar ajalah. Panas lak berhneti minum dulu, dah petang tu nasib baik member abg ada sini, tumpang bilik dia utk mandikan bebudak ni sebelum flight pukul 7pm ni, dah siap² pukul 5pm gerak ke airport. Emm ramai lak org hai, lepas dah check in, minum dulu, nanti lapar sebab sampai lcct dlm pukul 9 lebih nanti. Dalam flight aqil buat hal lak, boleh berak sampai 2x sabar ajalah, dah lah keadaan tak berapa baik sebab cuaca. tapi gi gak cuci, mana tahan baunya. Boleh dua² tu tak tido sepanjang duk dlm flight tu, aduh penat nak control jenis tak reti duk diam ni. Sampai aja kat LCCT kitorang naik skybus ke kl central, punyalah hasya seronok dpt naik bas, eida lak dah call pakcik minta ambik kat kl central. emm dekat sikit dia nak dtg ambik berbanding ke lcct tu. Sampai kat lcct dekat pukul 11pm dah. Emm kitorang boleh gi minum laei kat Bangsar, lepas minum baru balik rumah, mak aii penat sungguh!!! tapi menyeronokkan.... puas hati !!!! kemas² esok jer lah.....












No comments:

Post a Comment