12 January 2011

Birthday Celebrations

Tahun ni genaplah umurku menjangkau ke angka 35tahun!!! uh!! dah tua rupanya. Apa yang penting umur tua tak apa tapi jiwa muda... hehehe

Kebetulan pula birthday jatuh pada hari Sabtu, so apa lagi bolehlah gi jalan² keluar dari KL ni, tak kisahlah walaupun satu hari jer. Memang dari bulan 12 hari tu nak gi ke Melaka tapi penuh giler hotel, so surveylah hotel pada 5 hb tu dapatlah kat IBN Resort 3 star jer tapi pool pun ada, kira oklah tu anak ku memang suka mandi kat pool, ada bilik kosong lagi terus book.

Kali ni abg suprised kek & kad pada jam 12.10am kebetulan lak anak² pun tak tido lagi. Tetiba abg keluar bawa kek dan kad sekali, hehehe terkejut gak. Tapi Hasya lagi excited, belum sempat potong kek dia dah colek kek tu, aduh dah cacat, emm tak sabar betul. Memang tak sempat nak ambik gambar dah lah. Anak² dan abg tolong nyayikan lagu... jadilah itupun dah cukup membahagiakan diriku. Emm selamat dah makan kek... Hadiah lak, emm abg siap tanya nak apa? aku kata tak best langsung. Kebetulan jam tangan aku memang dah lama aku minta tu jer... tapi suruh aku pilih nanti... ok jer

Hari 8 Januari pagi tu bangun jer kitorang bersiap terus lak nak gerak gi ke Melaka. Emm sampai sana dah check in, bila hasya dan aqil nampak pool tak sabar nak ke sana, tak kiralah tengah panas ker tidak. Tapi kitorang lepas tu terus keluar gi makan dulu dah tengahari ni lapar lak, duk kat area ayer keroh memang banyak tempat nak jln, yg dekat ngan resort tu Taman Mini Budaya terus gi makan sana dan jalan² masuk sana. Emm sayang banyak rumah tradisional sana dah tak berjaga, emm dah berjalan bebudak ni dah penat nak tido pun iyer jugak, balik resort emm hasya lak tak sabar nak mandi dah, so tukarkan baju mandi lak dulu. Kebetulan masa tu memang tak ada orang best jer lah. Dengan ayah pun sama berenang buat kuak lentang semua ada.... hehehe anak² duk kat pool korang yer. Dah lama pujuk hasya dan aqil, bila dorang kata ok baru bawa masuk bilik mandikan dorang.

Adikku sorang memang ada duk kat melaka ni, so abang suruh dia datang bawa kitorang jenjalan dan yang penting nak gi makan ikan bakar kat serkam mlm ni. Lepas tu kitorang keluar gi jenjalan kat town lak, meriah gak ramai betul orang hujung minggu ni. Sempat gak lah naik River Cruise tu, emm aqil dah kepenatan memang lena didukung oleh abang, hasya biasalah tido jap dlm kete lepas tu bangun dah lah. Dah jalan² kat bandar tu kitorang gi makan lak kat Serkam, emm dah lewat gak dalam pukul 9 lebih sampai sana, mulanya makan order sikit jer nasi tu, tapi sedap lak lauk ikan ada, ikan pari dan lala. Emm siap minta tambah nasi. Habis lak stok nasi lemaknya tapi dapat gak lah 2 lagi. Fuh!! kenyang giler, habis diet seminggu kalau mkn macam tu. Lepas tu balik resort... penatnya !!! itupun nasib baik adik aku yg drive, kalau tidak abg lagi penat jawabnya.

Esoknya bangun pagi lepas tu gi breakfast. Hasya nak mandi kat pool lagi, aduh hai anakku itu emm tukarkan baju dia dan aqil. Emm memang ramailah pagi ni, sebab penuh gak resort tu. Dia peduli apa semua tu. Dah puas mandi kitorang pun siap² kemas dan check out terus. Gi jalan² masuk kat zoo melaka, besar rupanya zoo melaka tu, masuk pun tiket murah jer berbanding dengan zoo kl sana. jalan kaki jer, mak aii lenguh gak jalan kaki nak naik bas zoo tu bila lalu manjangkan penuh jer. Emm aqil samapai terlena, hasya lak dah lenguh saip nak dukung, aduh hai mana lah larat nak dukung lelama, sekejap² bolehlah. dah habis pusing rehat jap aduh penat nya. Lepas tu terus keluar. Dah penat punya pasla abang ajak balik jer, kitorang berhenti makan tengahari lepas tu terus balik ke KL. Gambar ada tangkap sedikit jer, tak perasan bateri kamera dah weak, so dapat beberapa keping jer, dah tu chargernya leh tak bawak lak.... so dapat setakat ni jer lah....
.

No comments:

Post a Comment