Buat pertama kali bila masuk JKM WPKL ni aku joint Kejohanan Sukan Tahunan JKMM kali ke IV. kali ni dibuat di Negeri Sabah.... emm aku main bola jaring jer pun, memandangkan tak cukup orang so aku masuk ni untuk cukupkan orang jer. Kali ni kalau nak ke sana kena bayar sikitlah memandangkan Duit Kelab Sukan tidak mencukupi. Pasal itulah ramai yang tak nak joint sebab berbayar.
Tapi tak kisah sangatlah, perginya naik Firefly jer ambik flight pun seawal pagi sebab nak dapat harga paling murah, flight 6.40am, pukul 4am kitorang dah kena ada kat KLIA, nasib baik anak² aku dah hantar ke kampung pada 23hb tu, mlm dlm pukul 12am gerak dari kampung dan aku suruh abg hantar terus ke ofis, sebab semua orang yg nak pergi dah berkumpul kat ofis dari malam lagi. Aku sampai ofis pukul 2.00am, emm tak tidolah kitorang mlm tu. Dari ofis pukul 3am gerak naik bas ke KLIA, jumlah kontigen dari JKM WPKL dalam 80 orang jer. Kebetulan pulak kitorang naik flight sama dengan orang dari Negeri Selangor. Dari Negeri Melaka pun dah ada berkumpul kat KLIA masa tu... rupanya meriah kat KLIA pada seawal pagi macam tu. Bila naik jer flight apa lagi nak buat bosan lagipun lama tu 2 1/2 jam so aku pun tido ajalah, Sampai Sabah sudah ada LO yang tunggu utk JKM KL so kitorang akan duduk di Hostel ok bukan hotel di UMS. Sampai sana emm dah dapat rumah terus mandi² dan tido ngantuknya. Lagipun hari ni belum mula sukan sebab ada negeri yang sampai malam nanti.... jadi kitorang sampai awal bolehlah rehat... emm panas sungguh di sini. Pasang kipas sampai 5 pun macam tak rasa jer....
25 Jun games netball seawal pagi kitorang dah gerak ke sana, buat kat Stadium Tertutup Putrajaya (namanya dewan tempat kitorang main netball tu lah) kitorang games yang ke 3 lawan Negeri Johor (naib juara sebelum ni)... emm entahlah kot tapi yg penting semangat. Bila main first games tu Kl 1 Johor 3.... masuk second half baru kitorang kejar so KL 4 Johor 5, time nak shoot goal ke 5 masa tamat.... aduh sabar ajalah kalah tipis... emm alamatnya kalau dah kalah ni habislah games aku, sebab aku masuk satu ni jer... dah lah masa nak balik ke KL lambat lagi... so apa lagi layan netbook jer lah.... nasib baik bawak, kalau tidak lagi bosan.... lepas tu keja kitorang shopping dan jadi penyokong untuk games yang berikutnya.... Petang tu pulak ada acara Perasmian Sukan JKMM dan perarakan kontigen² negeri ada 16 Kontigen semuanya, Dato' Sri Shahrizat yg datang masa perasmian ni.
26 Jun... pagi ni pada sesapa yg dah tak ada games dorang bawa jalan ke Pasar Tamu Gayah... dah tentu aku n the geng yang tak ada games lagi gi jalan² sebab tak pernah pergi pun kat Pasar Tamu Gayah tu. Emm macam pasar tani biasa aja tapi dia adajual segala macam benda, kalau kat Sabah ni, kucing kena kurung tapi anjing berkeliaran jer, sampaikan nak makan pun kena tengok tempat gak... bertudung pun pekerja restoren tu belum tentu kedai Islam, so kena hati² sikit. Malam ni pulak kitorang ada Dinner di One Borneo Ballroom, emm pukul 4.30pm dah kena ke sana sebab dinner mula pukul 7pm, nasib baik dinner dia hidang, kalau buffet susah gak ramai sesangat... best gak lah
27 Jun aku and the geng pergi ke Centre Point sebab ada games bowling kat sana, malas nak sokong games yang kat tempat panas.... hehehe kalau ke sanba leh shopping² sekali....
28 Jun adalah hari lawatan dimana ada group yang dibawa ke Kundasang, ada setakat area KK sahaja, so memandangkan JKM KL ni nak save budget duit kelab kitorang ambik yg free jer, dimana kitorang akan dibawa ke muzium dan pasar filipina, nasib baik area Kundasang dah pergi so tak adalah eida kisahkan sangat. Petang tu 4.20pm kitorang dibawa ke Hotel Sutera Harbour untuk Dinner malam penutup dan Penyampaian Keputusan semua perlawanan. Ada 18 buah bas yang bawa kitorang semua ke sana dan di escot polis untuk beri laluan kitorang ke sana. Hehehe biasalah JKM KL menang gaya jer... tapi kali ni ada gak lah tiga acara menang, tak ada yang juara tapi nombor 3 belaka, takraw, snooker dan dart.... at least ada nak tunjuk kat Pengarah.... hehehehe
Akhirnya hari yang last tu 29 Jun tak sabar rasanya nak balik, dah lah flight petang, so sampai KLIA dalam pukul 6.45pm. Aku terus cakap ngan abg ambik kat KLIA dan terus balik kampung ambik anak².... kasihan lak dengar citer mak, sampaikan Hasya nak makan tak nak org lain suap nak tunggu Umi, yang Aqil lak mlm jer nangis panggil Umi... bila Aqil nangis Hasya pun sama gak lah sayu jer... aduh hai.... pasal itulah nak terus balik kampung jer...
Ni jer gambar yg ada dlm phone yang lelain tak dalam kamera lum upload lagi...





No comments:
Post a Comment