02 August 2011

Sambut Ramadhan

Tahun ni sambut ramadhan balik dua² kampung jugak akhirnya.... Hari jumaat malam tu aku sekeluarga gerak balik ke Kampung Mak Mertua, sebab esok mak mertua buat kenduri arwah dan siap bakar lemang lagi tu... dah ramai² balik seronoklah. Adik Ipar aku yang belajar kat Kelantan tu aja yang tak balik yang lain semua ada..... kalau dah ramai² faham² jer lah tapi apa yang penting seronok.....

Lepas selamat kenduri esoknya, petang tu memang kepenatan yang amat sangat sebab malam tu tido dah lewat, Aqil lak dah tido on the way balik mana nak tido lagi... sampai sakit kepala aku dibuatnya. Petang tu masa tidokan dia ngan aku pun sama lena.

Ahad tu pulak, dorang semua pakat nak ke kubur arwah ayah, emm mak aku lak call suruh singgah sebab dia pun buat baca doa selamat sikit tengahari ni. Plan asal nak balik KL pagi tak jadilah lepas dah ziarah kubur dorang semua balik rumah dah aku sekeluarga balik Kampung ku sekejap. Rupanya ramai gak mak sedara bapa sedaraku balik, sepupu² pun ramai. Makan² lagi, makcik aku siap buat ketupat daun palas lagi, emm makan ajalah balik kampung kali ni. Dengan santan durian dan sebagainya. perut dah kenyang tak larat nak makan petang tu masa balik aku tappau ajalah bawa balik.... bekalan utk mkn malam dan bersahur nanti... selamat dah!!!!

Pukul 4pm gerak balik KL nasib baik jln tak jammed sangat... sedang elok je sampai rumah sebelum magrib, malam ni dah mula terawikh dah.... SELAMAT BERPUASA

No comments:

Post a Comment