Convo dia pada 5 Oktober, tapi kami gerak ke sana pada 4 Oktober at least boleh rilek siket, takut gerak malam sampai sana pagi ngam² sangat masa, lagipun penat sangat nanti. Emm itupun nasib baik adik ku kat Melak tu leh cuti dan bergilir drive ngan Abg, kalau tidak penat gak kalau sorang. so yang pergi pun aku sekeluarga, adikku dan mak aku, so sedang elok jer muat kereta tu. On the way ke sana gerak dari rumah dah pukul 10 lebih, emm nak ke UUM dulu ambik jubah adikku itu, besar tukar lak dulu. Lepas tu barulah kitorang ke Homestay yang disewa, utk semalam dapat kat Perlis, nak cari area UUM semua dah penuh, hotel pun sama, yg tinggal bilik kecik dan mahal lak so tak berbaloi, nasib baik dpt Homestay, besar dan selesa sebab 3 bilik lagi. dan semalam pun baru RM170 berbanding bilik hotel katil single 2 tu RM175 utk satu bilik. Sampai kat Homestay dah pukul 6pm, mak pun dah penat. So plan aku nak ke Padang Besar tak dapat lah, kasihan lak. Malam lak lepas magrib kitorang gi makan seafood kat Kuala Perlis, emm sedap makanan kat sana dan miurah gak lah.... makan 5 orng pun tak sampai RM100.00. Lepas dah makan balik rumah, rilek lak sebab esok selepas Subuh nak gerak ke UUM lak, sebab Mira kena ada kat sana dlm pukul 7.15am, dah lah dari sini ambik masa dalam 1/2 jam jugak. Emm macamana anak² aku ni boleh ker bangun pagi nak mandi dan sebagainya.....
Esoknya dalam pukul 5 lebih aku dah bangun dan kebetulan anak² ku nak susu terus aku suruh bangun... hehehe mandi air panas, masa mula² tu oklah tapi lepas tu sejuk smapai gigil² kasihan lak nengok eh, Dah siap semua dalam 6.40pm kitorang gerak ke UUM. so sampai sana ngam² pukul 7.15am, aduh hai ramai dan jammed, seksa rasanya. Tapi nak buat camana redah jer lah, sampai sana dapatlah parking dekat lagi sebab ramai yang tengah queue kat belakang sana. Majlis bermula pukul 9am, aku mulanya masuk temankan mak aku, tapi si kecik Aqil Haqimi buat perangai tak nak ngan ayah dia, so terpaksalah aku keluar semula. Bila dah pujuk dia, emm iyerlah beli bunga utk Mira, tapi dia berdua tu nak jugak sorang ambik bear pooh, lepas tu yang Hasya ambik bear asalkan color pink.... emm tak kisah janji diam, nampaklah orang jual belon upin ipin, ben 10, tweety, emm nak pulak, itu biar Pak Uda dia yang layan... emm dah dapat dia leka main aku masuk semula temankan mak, tapi bila Mira dah selesai terima tu aku ajak mak keluar, kalau ikutkan tak boleh tapi kasihan mak sebab tak makan dari pagi lagi. Bawa mak makan.... tunggu ajalah Mira kat luar.
Selesai semua dalam pukul 2 jugaklah lepas dah selesai pulangkan jubah. Dah tu pergi mkn tengahari dan terus balik ke KL.... penatnya jauh sungguh UUM ni.... aduh nasib baik aku belajar kat UiTM Shah Alam jer.... huhuhu
Ni antara gambar yg sempat di ambik....
Ni gambar mas apagi sebelum masuk Dewan
Mak dan Mira
Kakak Hasya sibuk ngan bear dia
Ntah bila masa dia posing macam ni... siap pakai kasut Maktih dia lagi tu !!!
Ini budak yang banyak ragam.... semua dia nak... Sabar jer lah!!!
No comments:
Post a Comment