10 February 2012

Balik Kampung...

Sempena Hari Wilayah 1 Feb lepas aku balik kampung sama adik aku dan anak² aku jer.... lagipun Abg keja kat selangor tak cuti, aku lak terus sambung cuti khamis dan jumaat dan seterusnya cuti bersambung sempena Maulidurasul dan Thaipusam... maka dapat lah cuti yang panjang 7 hari.

Mula nak gerak balik pagi tapi banyak lak kain baju yang perlu disettlekan dulu, so lepas dah selesai emm kesudahannya selepas zuhur gak baru gerak balik. Ni first time drive balik kampung bawa anak², kalau tak balik sensorang jer tanpa bawa dorang kalau ada urusan. Hehehe awal²  dah pesan suruh duduk elok² sebab Umi drive tahu... Hasya duk kat depan, Aqil lak duk sama Maktih kat belakang...

Alhamdulillah selamat sampai kampung sebab dua² tido dalam keter... So seronoklah dorang duk kampung 7 hari.... Abang lak balik hari Ahad (nak balik Sabtu dia ada dinner lak malam tu) so naiklah komuter sampai Seremban, hehehe serik sebab kena berebut ngan Bangla, Indon dll aja masa balik tu. Habis !! tak kan nak bawa keter balik lak, nanti kena drive 2 keter nak balik KL. Tapi 7 hari bukannya lama sekejap aja dah keja semula... Soklan Aqil dan Hasya "bila Umi nak cuti lagi?", hehehe dah tak adalah nak cuti panjang lepas ni kecuali ambik cuti rehat.....

No comments:

Post a Comment