24 September 2012

Rumah Terbuka...

Setelah bertahun² tak buat open house sejak dari mengandungkan Hasya sampailah ada Aqil dan sekarang Hasya dan 4 Tahun lebih dan Aqil 3 Tahun lebih baru buat semula....  Setiap tahun jenuhlah kengkawan bertanya tak buat open house ker, sehinggalah pada 16 September lepas aku buat semula. Jemput semua kawan² yang rapat dari zaman sekolah, Universiti dan kawan sekerja dari JPJ ke JPW hingga ke JKM. Itu sebelah aku, sebelah abg pun sama jugak, kalau ikutkan jempautan memang ramai. Belum termasuk sanak saudara. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar, menu kali ini, nasi ayam, nasi impit kuah kacang, pulut kuning + rendang daging, bihun sup, roti jala, salad buah-buahan, dadih dan kuih raya (yang lelain aku masak yg order nasi ayam + roti jala jer). Bermula majlis pukul 2pm memang dah ada yg sampai kawan abg dari kampung pun turut datang, aku panggil adik aku yg duk kat shah alam tolong aku sama, kalau harap aku dan mira aduh jenuh memang tak cukup kaki tangan jawabnya. Sampai ke malam masih ada tetamu yg datang. Alhamdulillah makanan yg aku paling takut tak cukup sebab tak biasa buat majlis makan² ni dengan tetamu yg ramai, lega sungguh cukup sampai ke malam. Tapi bagi yang datang malam tu apa yang tinggal ajalah, yang penting semua dapat makan. Jiran² lak aku dah panggil dorang makan² masa 27 Ogos tu bila diajak kali kedua malu pulak, tapi ada gak yg datang second time ok jer pun, mana yang tak sempat dijemput masa 27 hb tu jemputlah ke hari ni. Selesai majlis kepenatan kemas malam tu pun yg penting jer....  Habis dah lah sebulan raya....

No comments:

Post a Comment