16 November 2012

Selamat Pengantin Baru... Nana & Daus

Last week balik kampung, ambik cuti Jumaat 9/11 dan Isnin 12/11 sebab ada kenduri kahwin sepupu abang, anak Angah. Abg lak 1/2 day, lepas solat jumaat terus balik kampung. Ingatkan sempatlah ke majlis akad nikah lepas asar jumaat tu, balik ikut highway Sg.Buluh terus ke Simpang 4. Emm jalan jammed jugak. Ramai orang dah balik ke, sampai sana dah selesai majlis akad nikahnya dah. Tak kisahlah janji kitorang datang, malam ada majlis berinai. Selesai majlis aku balik kampung aku lah, nak tido reramai kat sini tak selesa. Abg yang beriyer ajak balik aku tak kisah pun. Esoknya hari persandingan. Lepas minum baru gerak ke rumah Angah semula. Emm tak perlu nak tolong apapun semua dah ada orang yang buat keja. Selesai majlis terus balik rumah mak mertua lak. Sebab anak Angah kahwin ngan orang kampung mak mertua jadi kami terus balik sana, Hari Ahad tu majlis bertandang ke rumah Pengantin Lelaki pulak, tunggu disana ajalah... Kakak Hasya tanya kenapa Makngah (sepupu abg tu) kahwin sampai 3x... hahaha selalu kalau pergi kenduri kahwin orang bersanding sekali jer, ni sampai 3x confused lak dia.

 Dah rasmikan tempat persandingan Pengantin

 Majlis Berinai Nana dan Daus

 Selamat Pengantin Baru Nana & Daus


 Aqil dan Kakak dengan sepupu-sepupunya

No comments:

Post a Comment