Sabtu 26/01 :- Flight pun pukul 7.25pm, sampai sana 8.25pm, tunggu kereta sewa dah deal dari sini dah pun, sewa tak melalui agensi tapi orang sana aja yg buat kereta dia macam kereta sewa. Mulanya nak ambik avanza, tengok sempit lak belakang, dia offer kete MPV Fiat, emm yang tu besar dan selesa utk kitorang yg ada 4 dewasa 4 kanak² ni. Kebetulan lak Kerry dan Zai anak sama macam aku gak sorang laki dan perempuan, tapi umur beza setahun, anak dia 5 dan 6 tahun aku lak 4 dan 5 tahun. Malam ni memang tak sempat nak kemana² dah la. Sampai sana dah check in, keluar makan lepas tu balik tido.
Ahad 27/01 :- Pagi ni memang plan nak pergi Pulau, ambik package satu bot RM250 mulanya minta kurang boleh lak dapat RM180. Kira oklah tu, lepas dah minum bersiap terus pergi. First pergi ke Tasik Dayang Bunting, kat sana dah mandi dah tasik tu, dalam 1 1/2 jam. Lepas tu dia bawa kitorang ke Pulau SInga tempat bagi burung helang makan, last ke Pulau Beras Basah, memang cantik sangat pantainya, bebudak 4 orang tu leh mandi dan main laut tengah² panas terik tu, nasib baik dia bagi masa sejam kalau lagi lama lagi gelaplah dornag jawabnya, dah lapar balik singgah makan, lepas makan petang balik mandi² dan bersiap keluar ke Pekan Kuah, aku dan zai shopping, abg dan kerry bawa anak² gi lepak kat dataran helang, nanti kitorang dah selesai baru call, pergi shopping kat Idaman Suri... geram betul tengok pinggan mangkuk tapi tak adalah nak membeli yang sedia ada dah banyak penuh cabinet dah, tapi aku sempat gak capai yang aku berkenan... beli jugaklah... malam kitorang jalan² kat area beras terbakar tu ada pasar malam singgah jap beli makanan bawa balik jer.
Isnin 28/01 :- Pagi ni trip seterusnya lepas breakfast pergi cable car, ingatkan tak ramai orang, mak aii panjangnya queue, aduh hai tunggu turn nak naik dekat sejam. Naik lebih kurang sejam kat atas tu, lepas tu turun. Dah tengahari lepas makan petang gi masuk Under water world. Emm dah tak berapa banyak ikan dah. Sebab ikan² disini pernah mati semua sekali. Emm tapi bawa kawan masuk ajalah, dah tu jalan² kat mall sana, membeli lagi, kali ni stock coklat pulak. Petang balik hotel, bawa anak² mandi pool pulak. Kalau main air dorang ni dari mengantuk tadi terus jaga matanya. Malam lak keluar makan lepas tu jalan² kat gerai² yang banyak kat Pantai Cenang tu. Memang happening sungguh memalam kat sini.
Selasa 29/01 :- Last day hari ni flight balik pukul 12.40pm, dah check out pagi ni minum dulu. Lepas tu pergi cari minyak gamat lak. Sebab ada yang kirimnya. Pukul 11.30am gi airport ready utk balik. Sampai KL 1.45pm lepas tu makan dulu. Terus balik rumah, penat sungguh....
Masa nak tunggu bot
Dalam bot nak ke Pulau²
Di Tasik Dayang Bunting
Ikan keli gigit² kaki... geli tapi best
Kakak dan Abg atas bot
Nak naik cable car
Kat puncak Gunung Brinchang
Aqil dan Abg
Dlm cable car
Naik kereta kuda
Dalam Under Water World
Ni je satu gambar satu family
Kakak, Irfan dan Aqil
Kat airport nak balik dah
Aqil ngan posingnya
Balik dah.... bye-bye Langkawi
No comments:
Post a Comment