3-4 Mac baru² ni aku sekeluarga gi bercuti kat Cameron Highland lagi... emm seronok gak lepak² kat sana, kat bawah cuaca teramat panas, naik atas rasa kedinginan sikit. Booking rumah peranginan persekutuan, ambik dua bilik sebab Mira ikut sekali. Kat sana bukannya nak berjalan sangat pun, rasanya semua tempat dah kami pergi sebelum ni tapi paling suka lepak kat Teh Bharat tu, sambil minum teh tarik lihat pemandangan ladang teh yang menghijau, lagi satu suka bebenar makan strawberry cream + coklat, memang sedah. Kami pergi Ahad dan balik Isnin, memonteng sekolah lagilah anak aku jawabnya. Hehehe tak pa lah tadika jer pun. Masa kat sana ingatkan anak aku jer yg memonteng ramai gak yang datang bercuti bawa anak ke sana. So layan gambar jer lah.... masuk sikit jer lah, nanti penuh lak
Teh tarik yg sedap.
Kakak posing saja
Sempat lagi tu
Kakak & Aqil
My family
Dengan adik aku Mira
Dengan Aqil Haqimi
Di ladang teh yg ada air terjun
posing sakan
Kat bee farm
Strawberry creme + chocolate
Gelagat anak²
No comments:
Post a Comment