20 August 2013

Raya di Ofis...

Tahun ni sambutan hari raya kat ofis ni paling cepat dan paling sempoi jer, kebetulan lak lepas raya ni Jabatan kitorang jadi urusetia Pertandingan Tilawah Al-Quran dan Nasyid peringkat Kebangsaan bagi JKM, so agak sibuk dengan macam² benda yang nak dibuat. Maka sambutan raya pun buat sesama kitorang dan Institusi jer. Kali ni buat secara pot luck, setiap bahagian sediakan masing² punya menu.... dah campur institusi ada lebih kurang 15 bahagian, makanan agak banyak jugak. Macam² jenis ada, IT termasuk dlm Bahagian Khidmat Pengurusan sekali, harap IT ada 7 kerat je, parah jugak kalau diasingkan. Senarai Menu makanan wah agak banyak.... sate, lemang, ketupat, rendang, lontong, mee kari, mee rebus, mee sup, nasi minyak, nasi dagang, nasi tomato, laksam, berbagai jenis kuih muih dan kek, cock tail, berbagai jenis air. Sapa perut besar boleh sumbat macam². Tapi aku lak pada hari ni kesihatan kurang memuaskan. Makan pun tak berapa selera, yg aku makan pun yg aku tak jumpa raya kat kg hari tu, aku makan laksam yang firstnya, memang sedap, sate, nasi minyak ambik sikit, yang lain tak makan pun.... kalau bawa aku gi makan buffet memang rugi makan sikit. Sampai tengahari jer majlis kitorang sebab yang lelaki nak solat jumaat lak, simple² pun karaoke kena ada, dah Pengarah jenis suka berkaraoke, dah semua bahagian kena ada wakil menyanyi di paksanya....

 Unit IT JKM WPKL
 Kena paksa karaoke
 Ini corner bagi BKP
Ntah apa yg Pengarah kata ntah!!!

No comments:

Post a Comment