06 November 2013

Jalan² Ke Sabah - Part 3

continue lagi... panjang citernya...
Keesokkannya, pepagi lepas dah breakfast kami plan nak ke pulau, kena pergi ek Jeti Jesselton, so ambik jer pakage yg ditawarkan kat situ, maksimum boleh pergi 3 pulau. Jadinya kami ambik 2 pulau aja itupun budak tu yg rekomen kan. Pulau Manukan dan Pulau Sapi, yang best utk snorkeling lah... hehehe kot berani la nanti dah lama tak buat aktiviti macam ni. Lastnya masa pi pulau perhentian beberapa tahun yang lepas. Dah bayar semua naik bot, first Pulau Manukan, memang best dan cantik sangat Pulau tu. Si Aqil Haqimi siap beli bola nak bawa ke sana, dia boleh lelap sambil pegang bola, sekali melayang terbang bola ringan tu nasib baik orang tu nak berhenti ambikkan. Kalau tidak wassalam la jawabnya. Memang best ke sini. Kami pergi satu pulau dlm 2-3 jam, so dua pulau ambik masa 5 jam dari pukul 10am sampai 3pm baru balik.







Petang tu pulak dalam pukul 5pm kitorang pergi lepak kat Pantai Tanjung Aru menikmati pemandangan matahari terbenam sambil makan²... santai² kat sini pun best gak, anak² nampak laut nak main lagi tapi eida tak bagi dah la tadi dah puas dah.





Last day kami tak jalan kemana dah la, pagi lepas breakfast tu jalan² kat Pasar Filipina beli sikit cenderahati buat family dan kengkawan yang tahu dan terdekat termasuk yang mengirim. Dah packing siap kitorang pun balik. Bye-bye Sabah.... jumpa di lain hari.... lain tahun.... tak tahulah bila....



No comments:

Post a Comment