Trip kali ni yang mengikutnya Mira patutnya bawak hubby sekali tapi dia keja so kena tinggallah hubby dia boleh dia nak ikut jugak, Ayoi dan Zati. So sedang eloklah satu keter aja, kalau ramai kena bawa 2 keter lak nanti. So pagi 1 Mac tu gerak dlm pukul 3 pagi, nak sampai sana awal pagi, nanti leh pergi awal sikit memandangkan kitorang ambik semalam jer. Pagi tu lepas dah berhenti breakfast sampai kat jeti tu, ada 2 jeti satu tu untuk orang gi memancing. Dan ada khas untuk ke rumah persekutuan tu, kitorang dapatkan information kat Kaunter di Tasik Kenyir tu, siap ada aquarium besar lagi tu. Sempatlah anak² posing jap.
Aquarium yang terdapat di Pusat Penerangan Kenyir
Pusat Penerangan Kenyir
Ni lak kat jeti, sekali bila call orang yang incharge tu katanya bot pukul 1.00pm aduh hai lama giler nak menunggu tu tengok jam masa tu baru dekat pukul 10am, sabar ajalah bebanyak. Kalau tahu macam ni gerak pepagi tadi pun tak apa, so apa lagi lepak kat sini ajalah. Bising anak² bertanya bila nak naik bot.
Pukul 1pm bot sampai ada 2 family jer yang nak ke sana, bot yang boleh muat 44 orang. emm banyak kosong ajalah, tak adalah jauh benar dalam 6km dari jeti ke rumah peranginan tu. Sampai sana dah check in ambik kunci, alamak hai mendaki tangga lak, nasib baik pilih rumah yang depan-depan sikit kalau jauh menapak naik tangga lagilah. Sampai sana perut dah lapar, tadi makan tak adalah berat sangat, eida dah siap bawa bekal rendang daging, so panaskan lauk tu, goreng sayur dan ayam dan masak nasi. Dah siap hidang dan makan dulu. Datang sini kena bawa bekalan makanan sebab memang tak ada kedai apa-apa kat sini. nasib baik dah google dulu.
Ni semasa berada di jeti
Dalam bot Rumah Peranginan Persekutuan
Dah makan masing² kepenatan lepas solat tido, sedar² dah pukul 5.00petang. Kat sini tak banyak tempat nak jalan² pun so petang tu jalan² sekitar sini, anak² sempatlah naik kayak sama ayah dia, eida malas nak join sebab nanti basah...
Ada burung merak tapi ekornya tak nak kembang lak.
Ready nak naik kayak...
No comments:
Post a Comment