Cuti hari buruh tempoh hari adalah Family Day + Sports Day untuk Tadika anak aku. Kali ni di buat di Taman Layang-Layang Kepong tu. Pepagi lagi dah siap gi breakfast dulu kat Restoren Tempayan baru gi sana, kalau tidak lapar lak nanti. Sampai sana ada ada dua pintu masuk, kitorang masuk yang pertama patut tak jumpa, dorang buat yang masuk pintu kedua tu. Sampai sana dah parking terus ke sana, Hasya rumah Hijau, Aqil lak rumah merah. tapi nasib baik rumah merah dan hijau khemah nya sebelah menyebelah. Emm dan kitorang terpaksa bagi lah Aku beli t'shirt merah dan abg hijau. Semuanya sekolah tu jual nak support anak memasing. Support jer lah, mulanya pun dah lewat dah kepanasan dah pun. Anak² eida dah berpeluh² dek peluh bermain² ngan kengkawan eh. Aqil rumah merah, rupanya anak Ako Mustapha pun sama kelas ngan Aqil rupanya, dia pun ada sama jugaklah. Emm sakan teacher memasing ni. Acara perbarisan, lepas tu sukaneka untuk student, lepas tu untuk parent dan acara untuk parent dan anak. Best jugak tp dah cuaca panas menyebabkan kurang selesa. Dah selesai hampir pukul 2pm jugak. Tapi kitorang balik awal lepas anak² dah selesai penyampaian hadiah. Emm menang atau kalah hadiah nya sama jer. Tapi tak tahan baliklah, Aqil pun dah kepanasan dan tak sabar². Balik tu dlm keter masing² dah tido kena aircond... berhenti makan kena kejutkan sampai marah².... mahu taknya tengah syok tido....

Rumah Merah
Rumah Hijau
Acara Perbarisan
Aqil masuk acara sukaneka
Parents and Kid
Kakak Hasya buat persembahan
Acara Penyampaian Hadiah
No comments:
Post a Comment