25 August 2014

Raya 2014

Wah !!! lama sungguh rupanya tak update blog ni,....
Dah nak habis raya, baru nak cerita pasal raya.

Tahun ni raya pertama sebelah keluarga aku, balik kampung nak beraya balik pagi² hari sabtu pada 26/7 tu. Alhamdulillah perjalanan lancar sampai kat Bukit putus, sangkut sikit. Kalau balik kampung kami selalu masuk Lekas, walau agak jauh nak masuk ke Lekas tapi agak berbaloi sebab tak jammed dan lagi cepat sampai berbanding ikut Plus. 
Kat kampung hari sabtu tu rupanya mak dan beli bahan nak masak rendang ayam, dah settle satu masakan. Malamnya pulak masakkan rendang daging. Jadi esok hari kami cuma nak masak lemang ajalah. Tak adalah terasa berat sangat bab masak memasak pada hari ahad tu.

Raya 1.
Selepas solat raya, selalunya kami akan minum dan makan² dulu. Aku baut menu tambahan pagi ni. Spageti bolognese, emm so sapa yang datang ke rumah hari ni ada 2 pilihan samada nak makan lemang + rendang ayam /daging dan spagetti. tak leh masak banyak sangat bukan semua orang suka pun. Dah makan² acara salam bersalaman dan bermaafan sama mak ayah dan adik beradik. Lepas tu kita pusing rumah saudara mara yang wajib dulu. Pertama rumah sebelah adik beradik ayah kat Kg. Purun. Dorang berkumpul kat sana so senang sekali jumpa jer, lepas tu pergi ke rumah sepupu mak yang rapat² kat sebelah baruh tu ada 2 rumah, lepas tu ke rumah Mak Long, last ke rumah Mak Mok yang dekat ngan rumah. Habis satu pusingan petang ni. Dah selesai balik rumah dulu. Petang tu rumah kitorang lak kena serbu, itu biasalah. Sebelah malam pergi ke rumah paktih dan induk juriah, habis satu bab lagi.








Raya 2.
Pagi ni aku sekeluarga nak pergi ke area Johol rumah sebelah abg lak. Sebelum pergi kengkawan sekolah sekampung call nak datang beraya. So apa lagi, dari nak gerak dari pagi dah jumpa kengkawan ada 3 geng yang rapat datang terus gerak lepas zuhur. Lama sungguh tak jumpa, memasing still maintain lagi... wah hebat kengkawan aku ni, tapi memang best lah dapat jumpa. Anak² yang baru kenal leh berkawan macam dah pernah jumpa jer sebelum ni. Dorang dah balik baru ke Johol, jalan² ke sana adalah dlm 5 biji rumah, wah tak larat nak makan dah la, tapi ziarah aja. termasuk ke rumah kawan² abg. Malam lak, kawan abg dari Melaka nak datang ke rumah kitorang, sakan betul hari ni. Kawan abg balik pukul 11.30pm. Anak² eida dah tido memang penat sungguh la tu. 



Raya 3.
Hari ni turn kawan² nak beraya ke rumah lak, menu simple jer masak mee kari + agar² cocktail. Dah siap dorang datang dalam tengahari sampai petang. Pukul 4.00pm kitorang lak jalan ke Lui, bawa mak dan ayah serta adik beradik. Pergi ke rumah Mak Ngah dulu, lepas tu ke rumah mak mertuaku. Bila mak dan ayah dah balik kami stay sini la. Raya sebelah sini pulak.

Bersambung...............

No comments:

Post a Comment