Tarik 10 Feb 2015 memang takkan aku lupakan dimana pukul 9.15pm aku terima panggilan dari adikku yang duduk kat Shah Alam mengatakan ayah dah meninggal... Allhu akbar, Allah lebih menyanyanginya. Baru jer weekend ni kami semua dik beradik berkumpul dan tak sangka itulah kali terakhir kami bersembang dengan ayah.
Dalam keadaan terperanjat aku bertanyakan punca meninggalnya adalah disebabkan sakit perut sahaja. Memang ayah bukanlah sihat kerana dia dah tak boleh nak jalan, dalam rumah pun menggunakan kerusi roda tapi dia sihat dan boleh uruskan diri sendiri. Tapi tak sangka pada malam itu dia meninggalkan kami semua.
Aku terus bersiap packing baju aku sekeluarga apa yang tercapai jer, lepas tu gerak balik. Dah ramai orang kampung kat rumah ku masa tu, Ayah meninggal di hospital lepas magrib mak dan adik aku bawa ke hospital. Dalam pukul 1.00pagi jugaklah baru boleh dibawa pulang. Nasib baik tak kena buat post mortem bagai, kalau tidak lagi lewatlah jawabnya.
Al-Fatihah buat ayah semoga tenang disana.
Tinggal kenangan
No comments:
Post a Comment