Sabtu ni abg dah ajak gi jumpa ejen Rumah Lelong yg kat Sri Pristana tu, tapi ofisnya kat Bukit Beruntung. Aduh!! jauhnya tapi nak tahu punya pasal pergi gak lah, pagi dlm pukul 11 gak lah baru gerak kesana. Sampai sana call org tu utk bawa kitorang ke ofisnya, kalau tidak kitorang manalah tahu. Sampai sana anakku Hasya Dini macam biasalah bukan reti duk diam nak berjalan tapi kena pimpin, aduh hai letih tak yah citerlah. Memang aktif sungguh anakku itu.... semua yang nampak Hasya puji dia comel, memang anakku comel pun, bangga bawa kemana-mana. Dah discuss dengan orang tu dah tengahari perut dah lapar terus singgah makan kat restoren yg berdekatan. Sedap lak masakan kat restoren tu.
Dah makan alang-alang dah sampai Bukit Beruntung, abg ajak pergi ke rumah adik dia kat Tanjung Malim, aku ok aja lagipun tak ada nak kemana pun. So kitorang terus kesana, sampai sana beli kuih sikit. Emm seksanya nak membeli makanan kat area rumah tu, tak ada apa!! Ah!! kalau aku duk sini sure boring giler, so dapatlah beli goreng pisang dan popia. Sampai sana macam biasa lepak sampai ke malam gak lah baru balik rumah. Oh!! Anakku seronok aja kalau dibawa berjalan....
Ahad lak, lepak kat rumah aja, mengemas sebab rumah pun dah kotor sesangat dah lah.....
Malam dah boring ajak abg gi pasar malam kat taman tun, sure beli buah sebab murah dan fresh!! hehehe sambil tu buahnya boleh dirasa lak tu....
Inilah kisah hidupku!!! Ikutilah kisah hidupku sebagai seorang Ibu dan Isteri kepada keluargaku yang tercinta. Semua akan kupaparkan di blog ini. SEKIAN!!!
17 March 2009
10 March 2009
12 Jam - keluar (Ahad 8 Mac)
Hari ni dlm tengahari kitorang keluar gi survey rumah kat area Saujana Utama, emm itupun kena tunggu Hasya bangun tido baru leh keluar, dah keluar sampai sana survey dan ambik semua contact number yg tertampal utk tanya pasal rumah yg nak dijual tu.... emm dah pukul 1.30 aku dah lapar, ajak abg gi makan. Sebab nak gi ke rumah Along, so lalu guthrie tu singgah R&R tak ramai org dah lapar so makan yee mee, abg lak makan roti john, hasya aku belikan roti dan mushroom soup. lepas makan terus ke rumah along. Sampai sana bukan ada apa menarik pun, abg sibuk ajak ke sana sebab dia nak memancing, emm dia dah keluar tinggal eida dan hasya kat rumah along. lepak dan sembang² aja. hasya ni nasib baiklah tak kisah dibawa kemana pun. Abg memancing bukan dapat ikan pun.
Malam lepas magrib dan makan Abg nak main bolwing lak ngan Anip, Abg Sagap dan kengkawan eh, balik dari rumah along terus masuk bowling lak, Hasya ok aja asalkan dia leh main, org agah dia tersengih memanjang aja. emm sampai ada yg bagi nugget kat dia. Anakku itu senang dibawa kemana saja.
Emm habis abg main 3 games dia aja yg leading, lepas tu gi minum lak dulu. Hasya ok aja siap gi kacau anak org lain ajak main, selamber aja anakku itu. Lepas tu dah dekat pukul 12 balik rumah, dlm kereta hasya dah lena penat lah tu kot. Hehehe dari 12 tengahari keluar sampai 12 tengah mlm baru balik.... 12 jam keluar untuk hari ni

07 March 2009
Weekend 7 Mac
Hari ni cuti weekend dan Isnin ni pun cuti gak!! - cuti Maulidur Rasul, seronok rasanya. Memang tak ada plan apapun, cuma nak survey rumah kat area Saujana Utama nak cari teres, rumah yg kononnya kitorang nak beli kat Subang Puteri tu ada masalah lak, owner lama tak tukar nama, so kalau kitorang nak beli guna loan gomen ada masalah!!! ambik masa yang lama utk settlekan, dah suruh agen tu settlekan dulu, emm nak deposit lak sampai 10% dari harga rumah tu. Aduh !! Hai banyak tu deposit aja dah kena bayar RM22.5K, kitorang offer bayar RM10K dulu, tak tahulah samada setuju ker tak?? So dah berkira sangat kitorang cari rumah lain ajalah.... lagi pun bila pikir2 balik kat area tu sekolah pun tak ada so susah lak anakku nak sekolah esok2.... semuanya kena ambik kira gak ni... Hari ni kesudahannya sampai ke petang tak kemana, lastnya lepas asar kitorang bawa Hasya keluar ke The Curve, emm sesak jalan lastnya parking kat Tesco senang sikit sebab ada baby dapat parking ada baby senang sikit. dah dapat parking terus jenjalan masuk the curve ada sales lak kat metrojaya, emm abg tengok² ada lak sales baju valentino creation, emm try berkenan terus beli murah aja lagipun. Dah beli jenjalan letih betul tunggu Hasya dah pandai jalan tapi slowlah. Emm dah penat dia duduk dan merangkak. Aduh!! hai anakku itu selamba aja. Dah penat jalan masuk tesco beli brg rumah sikit lepas tu makan dan balik rumah. Aduh letih betul tapi seronoklah tengok Hasya!!!
04 March 2009
Check-UP
Isnin 02 Mac 2009, emm badan penat gara-gara gi bercuti di Fraser Hill, hari ni kononnya nak gi keja lambat sikit, dah minum dan mengemas akhirnya malas punya pasal gi klinik ajalah buat check up dan minta mc sekali. Emm !! sepanjang mengandung baru hari ni nak minta mc ni. Call abang suruh dia balik tengahari ni sebab nak ajak gi klinik, sebelum tu aku dah call klinik, Dr. Kamal memang ada hari ni. Emm abg balik tengahari terus gi sana, sampai sana memang tak ramai orang dapat nombor tunggu sekejap dan jumpa doktor, emm check semua ok, baby sihat dan besar pun normal, seronok rasanya bila doktor confirmkan memang baby boy.
Lepas dah selesai minta mc, bagi 2 hari tapi tolak nak sehari aja, emm bagus betul aku ni, tapi memikirkan banyak keja malas lak nak mc sampai 2 hari.
Emm tak sabar nak bersalin baby ni, lepas ni aku nak rehat panjang.... kalau tidak rehat terus pun tak apa......

Bercuti di Fraser Hill
Sabtu lepas 28 Februari kami sekeluarga telah pergi bercuti di Fraser Hill. Nak celebrate birthday suami dan anakku sekali. Ini kali pertama aku menjejaki kaki ke sana. Ya Allah jalan ke sana memang berliku²... Tak pernah rasa pening jalan macam ni, ni first time kena kat aku, dah lah anakku tak tahu duk diam dlm kereta, dengan keadaan ku yg sarat mengandung jugak kot!! menyebabkan aku rasa pening.... masa nak naik ke sana jalan one way aja, dah tutup utk masa naik, buka semula pukul 1ptg, kitorang lak sampai sana pukul 12pm... emm!! sejam duk menunggu.... tapi kedinginan Fraser Hill dah terasa dari tempat kitorang menunggu tu!!! emm bila dah boleh naik dlm 15 minit dah sampai pekannya
Alahai!!! kecik aja pekan fraser hill... tak ada apa sangat, cari lak rumah persekutuan, jalan ke sana macam tak pernah lalu, rasa was-was kitorang samada betul ker idak agaknya?? emm akhirnya sampai jugak, wah!! kitorang booking bilik kecik RM40 aja, rupanya bilik tu dlm bunglo, tapi punyalah besarnya bunglo tu, seronok anakku main sebab semua carpet dan mewah betul kat sini.
Emm seronok betul tapi nak sampai ke sini punyalah seksanya..... Hanya Tuhan yang tahu ....
Tapi hajatku nak beli kek untuk celebrate birthday suami merangkap anakku tak jadi sebab tak ada kedai kek kat sini nak dibeli, nampak gayanya esok balik kl beli kat sana dan potong kek kat rumah ajalah nampak gayanya.... :-)

Subscribe to:
Posts (Atom)