Inilah kisah hidupku!!! Ikutilah kisah hidupku sebagai seorang Ibu dan Isteri kepada keluargaku yang tercinta. Semua akan kupaparkan di blog ini. SEKIAN!!!
07 March 2009
Weekend 7 Mac
Hari ni cuti weekend dan Isnin ni pun cuti gak!! - cuti Maulidur Rasul, seronok rasanya. Memang tak ada plan apapun, cuma nak survey rumah kat area Saujana Utama nak cari teres, rumah yg kononnya kitorang nak beli kat Subang Puteri tu ada masalah lak, owner lama tak tukar nama, so kalau kitorang nak beli guna loan gomen ada masalah!!! ambik masa yang lama utk settlekan, dah suruh agen tu settlekan dulu, emm nak deposit lak sampai 10% dari harga rumah tu. Aduh !! Hai banyak tu deposit aja dah kena bayar RM22.5K, kitorang offer bayar RM10K dulu, tak tahulah samada setuju ker tak?? So dah berkira sangat kitorang cari rumah lain ajalah.... lagi pun bila pikir2 balik kat area tu sekolah pun tak ada so susah lak anakku nak sekolah esok2.... semuanya kena ambik kira gak ni... Hari ni kesudahannya sampai ke petang tak kemana, lastnya lepas asar kitorang bawa Hasya keluar ke The Curve, emm sesak jalan lastnya parking kat Tesco senang sikit sebab ada baby dapat parking ada baby senang sikit. dah dapat parking terus jenjalan masuk the curve ada sales lak kat metrojaya, emm abg tengok² ada lak sales baju valentino creation, emm try berkenan terus beli murah aja lagipun. Dah beli jenjalan letih betul tunggu Hasya dah pandai jalan tapi slowlah. Emm dah penat dia duduk dan merangkak. Aduh!! hai anakku itu selamba aja. Dah penat jalan masuk tesco beli brg rumah sikit lepas tu makan dan balik rumah. Aduh letih betul tapi seronoklah tengok Hasya!!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment