Emm jumaat pagi kononnya nak gi keja 1/2 day sebab ptg nanti nak balik kampung, tapi Hasya demam lak, terus ambik cuti 1 hari... emm sejak akhir² ni kerap lak Hasya demam baru baik dlm 2 minggu lepas. Duk rumah jaga dialah jawabnya. Petang lepas jumaat kitorang gerak balik, abg sempat lagi nak gi main bowling ngan Anip tu, ish!! risau gak dah lah tak berapa sihat ni.. tapi layan ajalah.
dah habis 2 frame kitorang balik kampung, sampai aja dah malam... kalau tak ada kenduri sepupu abg kahwin sure tak balik ni dah lah sarat sekarang ni, Hasya lak dah lasak.... Aduh !! Sabar ajalah bebanyak.
Sabtu kenduri kahwin Fazli, eida lepak kat rumah uwan sama hasya lah, pergi sana tunjuk muka jap lepas tu datang time makan. Hasya meragam aja, dah lah tak nak kat orang lain, kalau dia nak sure senang eida sebab semua orang nak ambik dia....
Ahad lak pepagi lagi lepas breakfast kitorang balik kl nak elak jammed balik petang nanti, sempat singgah Talang sekejap aja sebab mak dah lama tak jumpa cucu dia ni. Dah jumpa sekejap dan sembang² lepas tu kitorang balik terus ke KL.
Dalam pukul 4.30pm keluar lak ke Sri Pristana tengok rumah nak beli kat sana, direct deal dengan owner rumah tu. Sampai sana diorang dah ada masuk rumah memang kosong tak ada apa, berkenan dah lah. Lepas tu eida kata kalau confirm kitorang contact dan deal lepas ni dengan lawyer terus ajalah.... dah settle balik, hasya lak kena meruam muka dan badan. Aduh hai kasihan anakku itu. Balik rumah terus mandikan dia dan sapu ubat. Barulah lega nampaknya.
No comments:
Post a Comment