09 February 2010

Gila Photo....

Hehee standarlah, eida baru dapat tahu software untuk upload photo, punyalah seronok create dan upload gambar anak beranak..... taaraaaa ni lah hasilnya....



gambar posing anak beranak......

lagi.....
dan lagi.....

05 February 2010

Hantar adikku ke HUKM

Hari ni memang hari yang sibuk betul dibuatnya.... apa taknya dengan meeting yang tak pernah habis, dengan report itu dan ini yang nak kena buat dan memacam lagilah. Belum masuk lagi urusan peribadi yang terpaksa diuruskan dalam 2 hari ni.....

Adikku yang kecik ada urusan untuk check up kat HUKM, emm sapa lagi kalau bukan aku yang kena hantar. So macam biasalah mak dan adik datang naik komuter jer. Kekadang kasihan nengok mak tapi Eida tak larat lak nak jemput dan menghantar. Emm so nak tak nak terpaksalah emak datang naik komuter. Kalau ikutkan hati nak cuti aja hari ni tapi dengan keja dan report nak kena buat dan esok lak kena attend 2 meeting pagi sampai ke petang, terpaksalah eida datang ke ofis untuk keja hari ni.

Bila mak dah sampai kat Stesen bank Negara, eida gi ambik dan bawa terus ke HUKM, awal lagi masa tu. Eida bawa mak dan zaty makan nasi ayam kampung. Emm order utk makan 3 orang emm mana lak habis dimakan, lauknya ajalah tapi nasi dan ayam habis lah makan. Lepas makan terus hantar ke sana. Emm ambik nombor dan menunggu, adalah dalam sejam jugak. Emm standard lah tu, lepas tu barulah gi jumpa doktor. Lepas jumpa tu dah settle appoitment lagi 3 bulan, aduh hai kejap aja esok dah sampai 3 bulan. Dah selesai balik ke rumah eida, singgah beli barang jap lepas tu bawa emak dan zaty ke rumah, Esok ajalah mak dan zaty balik ke kampung jawabnya.!!!

21 January 2010

Jenjalan ke Morib


Especially kalau birthday selalunya kitorang gi jenjalan weekend nya tak kisahlah jauh ke atau dekat janji keluar dari KL. Emm sempena birthday eida ni kitorang gi jenjalan ke Morib, biasanya kitorang booking Rumah Persekutuan. Emm konon nak meriah ajak Induk Siah sekali, tapi dia tak dapat lak nak joint, lepas tu kebetulan masa nak datang sini singgah kat rumah Along, ajaklah dia sekali. Tapi Cik Wan lak keja, so tak ada sesapa kitorang ajalah lepak dan rilek. Sampai sana lepas dah check in duk lepak kat rumah tu, emm rumah 2 bilik, kira ok gaklah dan siap ngan astro sekali, tapi yg basic ajalah. Emm eida rilek ajalah melayan hasya main kat playground. Petang keluar gi cari kedai minum, sebab nak minum petang, emm jauh gak kedai makan kat sini dah tak banyak pilihan sangat pun. Nampak org jual kuih tepi jalan kitorang berhenti beli dan bawa ke rumah rehat tu. Malam lak, lepas magrib kitorang keluar gi cari sea food, emm jauh lak rupanya. Lastnya makan kat area dekat ngan rumah rehat tu jugak, ok gaklah makan ikan siakap, sayur, tomyam, telur dadar dan ulam semua kena RM33 aja.... Hasya lak tunjuk skill menari kat situ, nak balik diorang bagi Hasya buah epal sebiji. Emm kelakar betul anakku itu.

Birthday Eida - 34 Tahun


Emm tak sangka dah berumur 34 tahun dah eida this year!!! nak buat camana makin meningkat tahun makin meningkatlah usia. Pada 8 Januari 2010 genaplah umur eida yang ke 34 tahun. Macam biasalah keja, hadiah dah diberi oleh abang pada eida awal² lagi so tak adalah excited nak dapat hadiah hari ni. Masa eida nak pergi keja abg wish pada eida. Kat ofis macam biasalah, tak ada sapa tahu pun, kecuali kat dalam fb ramailah yang wish pada eida. Emm itulah untungnya ada FB kalau tidak tak ada sapa tahu pun, petang kat ofis siap ada meeting lagi. Balik rumah, sampai aja dah ada kek dan kad atas meja. Emm eida pun potong kek dan makan anak beranak aja. Malam tu pulak abg ajak makan kat luar, eida pun tak tahu nak makan kat mana ikut ajalah, emm eida pakaikan hasya simple aja, rupanya dia ajak gi makan kat One Utama, emm makan buffet steamboat, emm kena 2 orang makan RM87.00 dah bayar baru leh masuk, makanlah sepuas-puasnya, memang sedap pun rupanya. Emm tapi kena banyak bersabar dengan perangai hasya, aduh hai bersepah betul tempat tu jadinya, lepas dah makan² rilek jap lepas tu kitorang balik ke rumah. Sampai rumah macam biasalah dah malam bebudak ni dah mengantuk terus tidokan diorang semua..... terima kasih Ayah!!! belanja Umi dan Anak-anak...

16 December 2009

Kereta Baru....

Akhirnya tercapai gak hajat kami sekeluarga untuk ada kereta MPV, emm actually dah booking ALZA tapi memandangkan ianya kecik, Abang terus cancel nak beli. SO carilah yang lain lak, emm hajat nak pakai kereta baru tak kesampaian.

Emm Abang cari MPV lain lak yang second punya, emm jenuh gak dapat lah Honda Odyssey dengan harga yang amat berpatutan dan condition yang cukup cantik. Al maklumlah kereta orang kaya kat Shah Alam yang guna. Puas hati bila tengok kereta ni dan kitorang terus booking confirm nak beli ngan kakak tu. Owner perempuan faham-faham ajalah....