28 April 2010

Birthday Aqil.....

20 April 2010 lepas genaplah setahun umur anakku Aqil Haqimi, emm sekejap jer rasanya dah setahun. Emm tak sabar sebenarnya nak tunggu anak besar.... tak ada special celebration pun, Aku tempahkan cup kek (kat kawan ofis abang) dan belikan jajan² masuk dalam paper bag untuk diberikan pada Mama Aqil dan bagi pada kengkawan Aqil kat rumah mama tu.... hehehe

mmm tak apalah anak Umi kecik lagi, kalau dah besar dah pandai meminta, a'ha siap sedia ajalah nanti....
Ni Gambar kek birthday Aqil. Kakak Hasya excited lebih......
Celebrate kat rumah mama dia aja..... nanti Umi bawa gi jln yer !!!

21 April 2010

@Ikano and @The Curve

Bosannya kalau weekend tak kemana.... emm anak² pun dah tahu bosan duk kat rumah... emm paling tidak kitorang akan bawa anak² jalan kat The Curve atau area sekitarnya kat Ikano, sebab kat sana tak adalah crowded sangat dan senang nak kawal anak² yang tengah lasak ni.
Weekend yang ni bawa kat The Curve, Kakak Hasya kalau nampak benda alah ni.... kena naiklah jawabnya.... sebab dia dah tahu syok agaknya main tu.... emm siap jer lah duitnya...


Last week before gi kursus bawa lak diorang ke Ikano, masuk dekat Fun Kids Zone di Ikano, kena bayar RM8 for 1 kid. Tak kisahlah janji anak² happy.... so tengoklah aksi dan gaya Hasya dan Aqil....







Kursus @INTIM (16-18 April)

Bulan ni memang bulan kursus agaknya.... apa tak nya lepas habis Kursus Oracle Business Intelligence (BI) kat Bandar Tasik Selatan, kena lak attend Kursus kat INTAN Terengganu. Emm nak kata apa terpaksalah jawabnya. Sebab Kursus kat INTAN tu untuk career dan masa depan ku.... tapi nak cerita punyalah stress masa kursus tu :-
sebab terpaksa siapkan satu assignment untuk membangunkan satu sistem baru atau untuk penambahbaikan sistem. Lepas tu dah sampai kena lak present assignment tersebut. Nak present tu tak ada masalah sangat tapi yang jadi masalah betul ker tak assignment tu, sebab sorang² jer pikir nak bangunkan sistem yg besar macam tu. Emm dah tu nak kata apa present jer lah. Alhamdulillah settle dah lah, ingatkan habis kat situ jer. Lepas tu kena lak buat design dan segala benda dengan detail and then present again. Emm ada gak yg tak tido mlm tu nak menyiapkan sebab dah tak ada masa nak buatnya. Tapi nasib baiklah Eida dah prepared siap² cuma nak kena betulkan mana yang tak betul aja.....
Jadual masa kat sana memang pack giler, memang tak ada masa nak rilek even tido pun tak cukup. Lepas tu hari last ada lak exam, emm soalan boleh tahan gak sebab segala berkaitan IT semua masuk, yang paling banyak soalan network. Emm jawab ajalah setakat mana yang mampu. Dah habis exam barulah kepala rasa lega seleganya.... wah!!! selesai satu beban. Emm sempatlah tido jap sebelum balik sini sebab flight 7.15 mlm......

12 April 2010

Busynya!!!!

Actually banyak benda nak cerita tapi.... lately sibuk sangat ngan kursus dan keja-keja kat ofis....
maka tak ada masa....

nanti-nantilah cerita satu persatu.....

Fuhhh!!!!!

01 April 2010

Hantar Along @KLIA

30/03..... Eida dan Abg 1/2 day sebab nak hantar Along (Kakak Abg) ke KLIA. Kasihan lak sebab diorang nak gi UMRAH tapi tak ada sapa dapat hantar ke sana. Lastnya abg decide nak gi hantar sebab tak sampai hati nak nengok diorang naik cab ke sana....

Tengahari kitorang balik rumah, tapi apa² makan dulu. Abg ajak makan area rumah jer. Lepas makan balik rumah bersiap. Kitorang ambik Hasya sorang aja, Aqil tak dapat nak bawa, so Aqil tinggal ngan mamalah jawabnya. Nasib baik kecik lagi so tak pandai nak ikut² lagi. Dah siap kitorang ke sana, sampai aja dah masuk asar, nak hantar Along dalam pukul 6pm.... banyak masa lagi. Rilek dulu kat rumah dia.... emm bertiga diorang pergi (Along, husband nya dan bapa mertuanya sekali) Emm nasib baik dah pakai MPV. Kalau kereta confirmlah tak muat sebab beg aja ada 3 besar dan 3 kecik.... dah bersiap, gerak ke KLIA. Anak² Along dah besar boleh jaga adik yang kecik tu. Diorang semua lambai dari rumah aja.....

On the way hujan aja, sampai sana dalam pukul 6.40pm nak masuk lak susah nak dapat parking. lastnya kitorang salam dari luar aja. Lepas tu terus balik ke rumah..... Ambik Aqil lewat sikitlah hari ni.....