01 October 2012

Mandi Manda di Ulu Yam

Weekend last 2 weeks, punyalah boringnya duk kat rumah, anak² lak sibuk ajak gi jalan. Mana nak pergi ni, setakat jalan² kat shopping mall dah jemu dah lah, emm timbul idea mandi sungailah, lagipun tengok cuaca elok jer hari ni. Petang lepas zuhur terus bersiap. Bawa bekal apa yang ada jer. Utk makan tengahari tu kononnya nak beli nasi kukus jer, tapi tak ada lak, so beli nasi ayam bawa bekal ke sana, sampai sana Hasya dan Aqil nampak air tak sabar nak mandi bukan kisah nak makan ke... emm tukarkan baju dorang terus masuk sungai, pilih tempat yang cetek jer, kalau tidak bahaya lak nanti utk anak². Sampaikan makan tu eida suapkan dorang masa duk kat batu dalam sungai. Abg lak tak nak mandi sejuk katanya, dia lepak baca paper ajalah. Syok jugak sekali sekala picnic macam ni tapi ni tak plan pun main terjah jer.... hehehehe

 Hasya dan Maktihnya
 Abg lepak baca paper jer
 
 pose kakak hasya ....
 Me and Aqil... dah kesejukan
Bestnya mandi....

24 September 2012

Rumah Terbuka...

Setelah bertahun² tak buat open house sejak dari mengandungkan Hasya sampailah ada Aqil dan sekarang Hasya dan 4 Tahun lebih dan Aqil 3 Tahun lebih baru buat semula....  Setiap tahun jenuhlah kengkawan bertanya tak buat open house ker, sehinggalah pada 16 September lepas aku buat semula. Jemput semua kawan² yang rapat dari zaman sekolah, Universiti dan kawan sekerja dari JPJ ke JPW hingga ke JKM. Itu sebelah aku, sebelah abg pun sama jugak, kalau ikutkan jempautan memang ramai. Belum termasuk sanak saudara. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar, menu kali ini, nasi ayam, nasi impit kuah kacang, pulut kuning + rendang daging, bihun sup, roti jala, salad buah-buahan, dadih dan kuih raya (yang lelain aku masak yg order nasi ayam + roti jala jer). Bermula majlis pukul 2pm memang dah ada yg sampai kawan abg dari kampung pun turut datang, aku panggil adik aku yg duk kat shah alam tolong aku sama, kalau harap aku dan mira aduh jenuh memang tak cukup kaki tangan jawabnya. Sampai ke malam masih ada tetamu yg datang. Alhamdulillah makanan yg aku paling takut tak cukup sebab tak biasa buat majlis makan² ni dengan tetamu yg ramai, lega sungguh cukup sampai ke malam. Tapi bagi yang datang malam tu apa yang tinggal ajalah, yang penting semua dapat makan. Jiran² lak aku dah panggil dorang makan² masa 27 Ogos tu bila diajak kali kedua malu pulak, tapi ada gak yg datang second time ok jer pun, mana yang tak sempat dijemput masa 27 hb tu jemputlah ke hari ni. Selesai majlis kepenatan kemas malam tu pun yg penting jer....  Habis dah lah sebulan raya....

Reunion + Majlis Raya SKUJ

Pada 8 sept lepas merupakan majlis reunion Sek. Keb. Undang Johol... sekolah rendah abang. Actually yang ini kali kedua. Fisrt dulu buat kat Hotel, tp hotel kat Kuala Pilah jer, lunch time. Kali ni dibuat dirumah kawan yang telah bermurah hati mempelawa kami buat kat rumah dia. Seronok jugak tapi dah nama majlis reunion so kenalah bagi sikit duit top up untuk beli makanan. Kami sekeluarga dari rumah gerak dalam pukul 11am sebab majlis bermula petang. Ambik kek dulu tempah kat kawan aku kat Bangi, tunggu kat tol jer, tempah pun dah last minit pasal itulah tempah kat dia semalam senang boleh ambik hari ni. Sampai kat rumah kawan abg tu, dah pukul 2pm. Emm rupanya kitorang antara orang terawal, yang dekat² pun belum sampai. So rehat ajalah, tak lama lepas tu ramai dah datang. Tema hari ni baju raya sedondon, dah buat pun masih raya lagi. Satu family satu color, ada satu family sama color ngan kami sekeluarga. Tak kisahlah hai... best gak, lepas dorang buat bacaan doa selamat siap panggil imam lagi tolong bacakan doa, majlis makan², lepas tu ada games susun puzzle by family, hahaha kami dapat no. 1 dari belakang. apa taknya org lain anak ramai dan dah besar² cepatlah siapnya. Kami lak harap aku dan abg jer, aqil bukan membantu, diambiknya puzzle tu dijatuh ke bawah, macamana nak cepat siap... anyway tak kisah menang atau kalah janji happy. Patutnya ada games untuk anak² dan husband &wife tapi hari hujan renyai lak, terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan acara teka teki, sapa dapat jawab dapat hadiah. Anak aku lak Hasya selamba gi ambik hadiah walaupun tak jawab soalan.... hahaha nasiblah kan.... selesai majlis sampai ke pukul 6pm gak. Lepas tu kami terus balik kampung aku lah, abg ada aktiviti lain ngan adik aku gi dam nak mancing, sabar ajalah..... aku lepak kat rumah mak tak kisah...... Gambar dlm kamera org lain nanti klu ada aku upload ler....  

30 August 2012

Ceritera Raya...

Sehari sebelum raya, semua dah berkumpul untuk masak memasak. Masakan wajib ada lemang, rendang ayam, rendang daging dan sup tulang... lepas sahur terus tak tido dah lah, pepagi lagi dah nolong mak masak lemang. Balik lak makcik aku dia nak masak ketupat pulut. Emm macam² makanan ada. Satu hari ni acara masak memasak aja. Malam tu pulak, makcik aku buat lak kuah laksa utara, fuh tambah lagi satu menu... buat aja ramai tetamu datang esok keluarkan confirm habis makan.

Raya 1
Lepas semua balik dari solat raya di masjid kami adik beradik dan family makcik aku berkumpul acara salam² dan bermaaf-maafan. Hasya dan Aqil buat collection duit raya. Kalau ditanya Aqil nak buat apa dengan duit raya, jawapan dia "Aqil nak beli ipad sendiri", amboi dahsyat vision bebudak sekarang ni. Apa taknya dia minta aku belikan sampai sekarang tak belikan... aku takut dia terlalu leka ngan games, sebab laptop kat rumah tu pun dah jadi hak milik dia jer, mana ada peluang org lain. Dah selesai salam² pergi jalan pulak kat semua rumah saudara mara yg wajib jer,.... emm itupun dah tak larat dah, full tummy, sapa diet confirm hancuss diet ngan bermacam hidangan makanan. Balik rumah ingat nak sambung jln lagi petang tu tp rumah aku lak kena serbu kat sedara mara, lepas satu rombongan ke satu rombongan datang beraya. Maka berbaloilah bermacam makanan yang kitorang masak semalam, sampai ke malam. habis jugak semua makanan tu. Malam tu pulak turn kami pergi berjalan raya.

Raya ke 2
Hari ni Abg dah ada plan dia rupanya beraya ke rumah kengkawan sekolah dia dulu kat kampung nenek dialah, emm lepas satu persatu rumah kitorang konvoi berjalan raya, ada dalam 5 buah rumah... penat + kenyang sunggguh, Last sebelum balik aku singgah kat rumah paktih aku jugak.... so selesai utk hari ni.

Raya ke 3
Hari ni tak larat nak kemana², ingatkan Abg nak balik rumah mak dia, tapi senyap jer, aku pun malas nak tanya. Rupanya dia ada plan ngan adik lelaki aku nak pergi memancing. So berpeluang duk rumah berehat dan layan tetamu datang ke rumah jer hari ni. Malam tu pulak kami adik beradik dengan family makcik aku buat BBQ... beli ayam dan lamb dah siap laminate kat giant, nugget, fries, sosej dan kentang bakar. Ok not bad gak rasanya, lamb dia pun sedap, emm acara makan² lagi. Ditambah ngan ikan yg Abg dapat masa memancing sama adik aku tadi, memang sedap makan ikan fresh macam tu.

Raya ke 4
Hari ni balik beraya ke rumah mak mertua, ramai berkumpul hari ni. Turn dorang balik sini lepas masing² beraya di rumah mak mertua memasing. Emm makan² lagi, lepas tu jalan raya ke rumah pak saudara sebelah abg pulak.

Raya ke 5
Tak larat dah nak jalan² so hari ni lepak kat rumah mak mertua jer, abg lak nak balik KL sebab esok dia keja sehari jer. Aku malas nak balik biar abg balik sorang aku balik ke rumah mak aku semula. Bestnya cuti lagi.


Gambar raya tak banyak ada kat aku, sebab dalam kamaera org lain. Yang ada ni pun dlm phone aku sebab Aqil Haqimi yang tangkapkan gambar tu, dia pegang phone macam dia punya dah.... adalah serba sedikit... dah dapat dari adik aku dan sepupu aku nanti aku upload lah.... kot sempatlah....

 Aqil nangis bila phone ayah ambik...
 Kakak Hasya
 Aqil Haqimi
 Ampun dan maaf Bang... (byk dosa ni) hehehe
 adik beradik dan sepupu
 family makcik aku
 Jalan raya rumah sedara mara
 Kakak Hasya tengah rilek
 Semua adik beradik aku
 ni perempuan saja...
  Beraya di rumah kawan abg

16 August 2012

Selamat Hari Raya !!!

Sedar tak sedar dah nak berakhir ramadhan ini, lagi 3 hari umat islam akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri. Semoga amalan dibulan ramadhan ini lebih baik dari yang sebelumnya. Tahun ni raya disambut di kampung halamanku terlebih dahulu. Rasa meriah kali ini, sebab itulah cucu mak aku 2 orang yang menggamatkan suasana dikampung nanti. Makcik aku pun balik beraya bersama lagi meriahlah rumah di kampung pada tahun ini.

Tunggu cerita raya nanti.... .....