21 January 2010

Jenjalan ke Morib


Especially kalau birthday selalunya kitorang gi jenjalan weekend nya tak kisahlah jauh ke atau dekat janji keluar dari KL. Emm sempena birthday eida ni kitorang gi jenjalan ke Morib, biasanya kitorang booking Rumah Persekutuan. Emm konon nak meriah ajak Induk Siah sekali, tapi dia tak dapat lak nak joint, lepas tu kebetulan masa nak datang sini singgah kat rumah Along, ajaklah dia sekali. Tapi Cik Wan lak keja, so tak ada sesapa kitorang ajalah lepak dan rilek. Sampai sana lepas dah check in duk lepak kat rumah tu, emm rumah 2 bilik, kira ok gaklah dan siap ngan astro sekali, tapi yg basic ajalah. Emm eida rilek ajalah melayan hasya main kat playground. Petang keluar gi cari kedai minum, sebab nak minum petang, emm jauh gak kedai makan kat sini dah tak banyak pilihan sangat pun. Nampak org jual kuih tepi jalan kitorang berhenti beli dan bawa ke rumah rehat tu. Malam lak, lepas magrib kitorang keluar gi cari sea food, emm jauh lak rupanya. Lastnya makan kat area dekat ngan rumah rehat tu jugak, ok gaklah makan ikan siakap, sayur, tomyam, telur dadar dan ulam semua kena RM33 aja.... Hasya lak tunjuk skill menari kat situ, nak balik diorang bagi Hasya buah epal sebiji. Emm kelakar betul anakku itu.

Birthday Eida - 34 Tahun


Emm tak sangka dah berumur 34 tahun dah eida this year!!! nak buat camana makin meningkat tahun makin meningkatlah usia. Pada 8 Januari 2010 genaplah umur eida yang ke 34 tahun. Macam biasalah keja, hadiah dah diberi oleh abang pada eida awal² lagi so tak adalah excited nak dapat hadiah hari ni. Masa eida nak pergi keja abg wish pada eida. Kat ofis macam biasalah, tak ada sapa tahu pun, kecuali kat dalam fb ramailah yang wish pada eida. Emm itulah untungnya ada FB kalau tidak tak ada sapa tahu pun, petang kat ofis siap ada meeting lagi. Balik rumah, sampai aja dah ada kek dan kad atas meja. Emm eida pun potong kek dan makan anak beranak aja. Malam tu pulak abg ajak makan kat luar, eida pun tak tahu nak makan kat mana ikut ajalah, emm eida pakaikan hasya simple aja, rupanya dia ajak gi makan kat One Utama, emm makan buffet steamboat, emm kena 2 orang makan RM87.00 dah bayar baru leh masuk, makanlah sepuas-puasnya, memang sedap pun rupanya. Emm tapi kena banyak bersabar dengan perangai hasya, aduh hai bersepah betul tempat tu jadinya, lepas dah makan² rilek jap lepas tu kitorang balik ke rumah. Sampai rumah macam biasalah dah malam bebudak ni dah mengantuk terus tidokan diorang semua..... terima kasih Ayah!!! belanja Umi dan Anak-anak...

16 December 2009

Kereta Baru....

Akhirnya tercapai gak hajat kami sekeluarga untuk ada kereta MPV, emm actually dah booking ALZA tapi memandangkan ianya kecik, Abang terus cancel nak beli. SO carilah yang lain lak, emm hajat nak pakai kereta baru tak kesampaian.

Emm Abang cari MPV lain lak yang second punya, emm jenuh gak dapat lah Honda Odyssey dengan harga yang amat berpatutan dan condition yang cukup cantik. Al maklumlah kereta orang kaya kat Shah Alam yang guna. Puas hati bila tengok kereta ni dan kitorang terus booking confirm nak beli ngan kakak tu. Owner perempuan faham-faham ajalah....

30 November 2009

Hasya Lak Yang Sakit.....

Memang balik raya kali ni anak-anakku sakit belaka... emm satu hari raya tu, hasya sakit perut sebab bila dia menyusu aja dia berak cair, habis keluar. Lepas tu dia boleh muntah pulak lepas tu. Kasihan betul nengok eh!! tapi nak buat camana. Masa tu perasan dia kena masa kat rumah Mak Lui, pagi tu dia cuma demam dan bawa dia ke klinik murthi sebab itu aja klinik yg buka cuti² raya ni. Dah tu balik bagi ubat dia muntah, emm tak boleh masuk ubatlah jawabnya, ayah dia sibuk gak ajak jalan ke Lui, bawa lah dia ke sana, sampai sana dia muntah lak.... lepas tu ingatkan ok, dah muntah dia makan kuih lepas tu berak lak cair dan habis baju seluar dia sekali. emm nak kata apa, cuci dan nasib baik ada bawa baju tido sepasang, terus pakai baju tido ajalah jawabnya. Balik lak singgah kat rumah paktih, hasya berak

Aqil Kembung Perut... huhuhu

Nak dijadikan cerita balik kampung kali ni tak tahu nak cerita macamana dah!!! Mula-mula Aqil kembung perut yang menyucuk² sakit tu, sampaikan menangis tak berhenti².... aduh hai ingatkan kenapalah dia nangis macam tu sekali, dah memacam cara buat nak cuba hentikan dia nangis, sampaikan mak dah sapu bawang putih kat badan² dia.... tak jugak ok, lepas tu sapu lak bawang merah.... emm still tak jugak...

Emm dah tak boleh nak buat apa, bogelkan dia dan tengok lak seluruh badan.... rupanya kembung yang datang menyucuk² tu sampai kejang kaki dia menahan sakit. Eida dah sapu ubat kat perut dan siap urut² perut lagi tak keluar gak angin tu... jenis angin yang degil.... So dah habis ikhtiar buatlah air halia utk buang angin tu, mak buat suam² dan letak gula sikit... emm memula dia minum rasa lain macam lepas tu dia suka lah pulak.
Kena tak sampai 5 minit lepas tu dia pun kentut keluar angin tu.... fuh lega sungguh nengok dia lepas tu dah boleh senyum... emm lega rasanya. Barulah aqil boleh senyum dan main². Bagi susu lepas tu dia pun boleh tido lena, bangun pun nak menyusu aja....