17 January 2012

Jalan-jalan ke Kuching

Sambungan....

Dah sampai Kuching rupanya anak² tak makan lagi, abg kata dorang ni makan biskut²  jer. La kasihanya... terus ke Bandar gi cari makan, emm hari Ahad banyak kedai makan tutup, so nak cepat dan senang fast food jer lah, makan KFC, aku ambik nasi dan ayam. so bagi anak² makan dulu. Emm bukan nak makan sangat pun. Dah makan balik ke Hotel, aku booking Hotel Merdeka Palace, tengah town dan dekat² jer kalau nak berjalan. Aduh hai !!! kepala dah sakit lak. Emm nasib baik ada panadol standby siap. Anak² lak bila kata ada pool tak sabar nak gi mandi. Emm temankan ajalah, pool tak adalah best sangat sebab utk budak kecik sangat, untuk org besar oklah. tapi cantik, memandangkan sakit kepala masa nak ke pool kamera pun tak bawa, tengah dorang mandi hujan lak. Emm terus berhenti, masuk ke bilik. Emm lepak kat bilik lagi best.... lagipun dah hujan tak leh nak kata apa dah la. Malam keluar makan, hari hujan keluar gi makan kat Satok, emm boleh tahan jugaklah. Lepas makan nak jalan² pun tak best sebab hujan so balik hotel ajalah jawabnya.





Esoknya, bangun pagi dah bersiap nak keluar jalan² pulak dah. Tak berapa best sangat nak jalan² kat Kuching ni, kalau ada tourist guide oklah kot tapi nak jalan² sendiri tak berapa syok lagipun tak berapa tahu jln sangat dan signboard dia, memang tak berapa ada.... emm lastnya kitorang decide nak gi ke Kampung Budaya tu naik van persiaran travel agency. Emm bayar ajalah, sewa kereta pun sesia aja sebab tak jalan kemana pun, sekitar bandar Kuching jer. Ni gambar² masa kat sana. Sampai ke petang gak kat sana, balik hotel semula dah kepenatan. Petang dan malam asyik hujan jer, tapi kitorang keluar gak, sebab datang sini bukan lama pun. Jalan² di sekitarnya.







Last day tu kitorang flight petang pukul 3pm, so sempatlah jalan² nak beli kek lapis sarawak ker, nak shopping yang lelain tu huhuhu tak ada banyak budget sebab baru reno rumah lagipun tak habis buat lagi tu so takut nak berbelanja sangat. Tak pa kalau ada rezeki lain kali datang lagi dan shopping² sekali. Nak shopping sangat ngan Abg ni harap maklum jerlah... bukan syok pun tak boleh nak belek² asyik nak cepat jer.







13 January 2012

My Birthday !!!

Birthday aku kali ni kitorang gi jalan ke Kuching.... tapi memang tragis sungguhlah, kitorang pergi sana dari 8-10/1/2012.... tarikh 8 Januari 2012 akan ku ingat sampai bila².... apa tak nya flight ke Kuching pagi pukul 9.45am, so seawal pagi dah bangunkan anak nak ke LCC, sesampai sana dah sedang elok pukul 8.10am, nak check in... aku ni confident giler ic ada, tup-tup ic aku tak ada.... Ya Allah... sabar ajalah habis dah geledah wallet setiap ruang di tengok dan keluarkan semua, tapi tak ada, check lak hand beg tapi confirm tak ada sebab aku tukar hand beg lain.... jenuh pikir. Call adik aku dia ada suruh check dlm hand beg office aku tu, pun dah habis check dia kata tak ada, so apa lagi. Aku teringat "adakah masa aku buat urusan ASB hari tu tak simpan dlm wallet semula".... abang lak dah tarik muka, tahu jer lah aku kata jap aku gi ke kaunter servis tanya macamana. Emm kata orang tu, abg dan anak² kena gi dulu, aku naik flight kemudian kena ambik ic gak, then aku kena penalti RM100 nanti.... kalau aku pikir nak pergi tu aku dan abg jer, confirm tak jadi pergi tapi bila tengok anak² dah excited nak naik flight dan berlari² happy bukan dia kira Umi ni ada masalah flight ni. Emmm tak sampai hati aku. Last aku buat decision abg dan anak² jln dulu nti tunggu aku kat sana.

Aku pun terus patah balik, bukan kat rumah tapi confirm IC kat office. Call Guard minta tolong buka ofis, call yg sorang dia kat kampung, nasib baik yg lagi sorang ada kat KL, minta dia datang ke ofis. Bila Ofis dah buka, aku kena ada kunci pintu bilik dan drawer aku kalau tidak mana boleh masuk, so call pulak adik aku minta dia dan pakcik aku tolong hantar ke ofis..... Aduh hai bila dipikirkan memang keja giler betullah. Aku lak dtg tadi naik bas dari One Utama, so nak cepat punya pasal aku charter teksi pergi ofis dan patah balik... emm melayang RM100 lagi.... tak kisahlah nasib baik boleh kautim ngan driver tu. Memang sungguh² tragis, Umi buat ni demi anak² kalau tak memang cancel jer lah jawbanya.

Sampai kat ofis tunggu adik dan pakcik sampai baru cari IC akhirnya memang betul sangkaan aku, dah beberapa hari IC tak ada dalam wallet aku..... SEJARAH betul.... aku sampai LCC semula pukul 11.00am ngam² nak check in semula. Sekali Flight delay lak dari 11.45am ke 12.30pm, sabar ajalah klu tidak tadi tak adalah aku kelam kabut sangat. Dah 12.30pm pun still delay dan akhirnya flight pukul 1.30pm, eida sampai ke Kuching pukul 3.15pm.

Sesampai sana, tunggu abg lak dia dah ambik keter sewa dan siap dah check in kat hotel dah pun, lewat dia sampai sebab sesat dia nak ambik eida kat airport... sesampai aja Aqil yg masih tak faham tak apa, duk sibuk citer "Aqil naik aeroplane ngan ayah dan kakak, umi tak ada" katanya. Aku senyum jer lah.... emmm sabar ajalah jawabnya....

Uh!!! dah panjang sambung kemudian lah 

06 January 2012

Rumah Oh Rumah

Actually plan nak duduk rumah baru last year tak kesampaian sebab renovation tak siap lagi.... sebabnya kontraktor tu lambat start buat kejanya.... emm nak kata apa dah kawan abang tak kan nak bising² lak, tapi tak apa berbaloi lambat pun, hasil kerjanya berkualiti dan cantik.... tak adalah reno besar² pun sebab duitnya bukan besar pun... ni pun dah habis korek saving dah ni..... tapi terpaksalah jawabnya.

InsyaAllah hujung bulan ni masuk rumah barulah, huh tak sabar sungguh rasanya. Kakak Hasya dan Aqil pun sepatutnya masuk Taska baru Januari ni terpaksa tangguh Bulan Februari jawabnya. So lambat sikit mulanya belajarnya sebab ambik utk dorang belajar sekali.... huhuhu banyak betul nak pakai duit tapi demi anak² tak kisah la........

Happy New Year

Huh!!! dah 6 January baru nak wish Happy New Year, anyway masih tak lewat lagi.... bz yang termata sangat sampai dah lama rupanya tak update blog ni.....
Anyway lepas ni nak merajinkan diri update blog ni semula.....


10 October 2011

Congrate Mira !!!!

Tahniah buat adikku Mira kerana Convocation baru² ni di UUM Sintok Kedah....

Convo dia pada 5 Oktober, tapi kami gerak ke sana pada 4 Oktober at least boleh rilek siket, takut gerak malam sampai sana pagi ngam² sangat masa, lagipun penat sangat nanti. Emm itupun nasib baik adik ku kat Melak tu leh cuti dan bergilir drive ngan Abg, kalau tidak penat gak kalau sorang. so yang pergi pun aku sekeluarga, adikku dan mak aku, so sedang elok jer muat kereta tu. On the way ke sana gerak dari rumah dah pukul 10 lebih, emm nak ke UUM dulu ambik jubah adikku itu, besar tukar lak dulu. Lepas tu barulah kitorang ke Homestay yang disewa, utk semalam dapat kat Perlis, nak cari area UUM semua dah penuh, hotel pun sama, yg tinggal bilik kecik dan mahal lak so tak berbaloi, nasib baik dpt Homestay, besar dan selesa sebab 3 bilik lagi. dan semalam pun baru RM170 berbanding bilik hotel katil single 2 tu RM175 utk satu bilik. Sampai kat Homestay dah pukul 6pm, mak pun dah penat. So plan aku nak ke Padang Besar tak dapat lah, kasihan lak. Malam lak lepas magrib kitorang gi makan seafood kat Kuala Perlis, emm sedap makanan kat sana dan miurah gak lah.... makan 5 orng pun tak sampai RM100.00. Lepas dah makan balik rumah, rilek lak sebab esok selepas Subuh nak gerak ke UUM lak, sebab Mira kena ada kat sana dlm pukul 7.15am, dah lah dari sini ambik masa dalam 1/2 jam jugak. Emm macamana anak² aku ni boleh ker bangun pagi nak mandi dan sebagainya.....

Esoknya dalam pukul 5 lebih aku dah bangun dan kebetulan anak² ku nak susu terus aku suruh bangun... hehehe mandi air panas, masa mula² tu oklah tapi lepas tu sejuk smapai gigil² kasihan lak nengok eh, Dah siap semua dalam 6.40pm kitorang gerak ke UUM. so sampai sana ngam² pukul 7.15am, aduh hai ramai dan jammed, seksa rasanya. Tapi nak buat camana redah jer lah, sampai sana dapatlah parking dekat lagi sebab ramai yang tengah queue kat belakang sana. Majlis bermula pukul 9am, aku mulanya masuk temankan mak aku, tapi si kecik Aqil Haqimi buat perangai tak nak ngan ayah dia, so terpaksalah aku keluar semula. Bila dah pujuk dia, emm iyerlah beli bunga utk Mira, tapi dia berdua tu nak jugak sorang ambik bear pooh, lepas tu yang Hasya ambik bear asalkan color pink.... emm tak kisah janji diam, nampaklah orang jual belon upin ipin, ben 10, tweety, emm nak pulak, itu biar Pak Uda dia yang layan... emm dah dapat dia leka main aku masuk semula temankan mak, tapi bila Mira dah selesai terima tu aku ajak mak keluar, kalau ikutkan tak boleh tapi kasihan mak sebab tak makan dari pagi lagi. Bawa mak makan.... tunggu ajalah Mira kat luar.

Selesai semua dalam pukul 2 jugaklah lepas dah selesai pulangkan jubah. Dah tu pergi mkn tengahari dan terus balik ke KL.... penatnya jauh sungguh UUM ni.... aduh nasib baik aku belajar kat UiTM Shah Alam jer.... huhuhu

Ni antara gambar yg sempat di ambik....

 Ni gambar mas apagi sebelum masuk Dewan

 Mak dan Mira

 Kakak Hasya sibuk ngan bear dia

 Ntah bila masa dia posing macam ni... siap pakai kasut Maktih dia lagi tu !!!

  Ini budak yang banyak ragam.... semua dia nak... Sabar jer lah!!!