16 November 2012

Selamat Pengantin Baru... Nana & Daus

Last week balik kampung, ambik cuti Jumaat 9/11 dan Isnin 12/11 sebab ada kenduri kahwin sepupu abang, anak Angah. Abg lak 1/2 day, lepas solat jumaat terus balik kampung. Ingatkan sempatlah ke majlis akad nikah lepas asar jumaat tu, balik ikut highway Sg.Buluh terus ke Simpang 4. Emm jalan jammed jugak. Ramai orang dah balik ke, sampai sana dah selesai majlis akad nikahnya dah. Tak kisahlah janji kitorang datang, malam ada majlis berinai. Selesai majlis aku balik kampung aku lah, nak tido reramai kat sini tak selesa. Abg yang beriyer ajak balik aku tak kisah pun. Esoknya hari persandingan. Lepas minum baru gerak ke rumah Angah semula. Emm tak perlu nak tolong apapun semua dah ada orang yang buat keja. Selesai majlis terus balik rumah mak mertua lak. Sebab anak Angah kahwin ngan orang kampung mak mertua jadi kami terus balik sana, Hari Ahad tu majlis bertandang ke rumah Pengantin Lelaki pulak, tunggu disana ajalah... Kakak Hasya tanya kenapa Makngah (sepupu abg tu) kahwin sampai 3x... hahaha selalu kalau pergi kenduri kahwin orang bersanding sekali jer, ni sampai 3x confused lak dia.

 Dah rasmikan tempat persandingan Pengantin

 Majlis Berinai Nana dan Daus

 Selamat Pengantin Baru Nana & Daus


 Aqil dan Kakak dengan sepupu-sepupunya

08 November 2012

Tahniah Kakak!!!

Last week 03 Nov 2012 adalah hari Graduation dan Concert Tadika Sri Qistina.... Alhamdulillah walaupun kakak masuk lewat gak kat tadika tu tapi boleh catch up dan dapat nombor 2. Tak apalah nombor berapa asalkan markahnya A+ untuk semua subject.... Aqil lak sama tadika dengan kakak tapi utk 3 years tak ada exam... 

Masa hari graduation tu Kakak dan Aqil masuk menari twist, tp pada hari kejadian Aqil tak nak menari. Dah pakai spek hitam tp nangis, gelak nengok eh. Lastnya duduk sama aku. Tapi kalau kakak bukan main lagi twist dan goyangnya.... kelakar tengok gelagat anak². Lagi satu Kakak Hasya masuk pertandingan fashion show, naik pening aku pikir nak pakaikan baju apa, sebab itu kena inisiatif ibu bapa sendiri. Nasib baik ada satu kedai sewa baju Magic Boo kat Kepong. So pergilah kedai tu, not bad tak adalah sewanya mahal sangat. Jadinya nak sewa baju yang ala² princess tu confirm ramai yg pakai macam tu. Kalau yang berkenan dah tak ada saiz lak, aduh hai susah gak sebab dah lewat gi sananya, kebetulan minggu tu banyak bebenar tadika dtg sewa kat situ katanya. Dapatlah satu pakaian tradisional, jadi sewa yg tu ajalah.

Masa fashion show pulak, Kakak Hasya peserta paling last, kan main lagi ngan lenggang dan pusing² atas pentas tu.... bak kata ayah eh "amboi kan main laei, menyampah !!!!" aduh hai nampak sangat dia tak takut langsung walaupun dia yang paling kecik sebab yang lelain tu umur 5 dan 6 tahun dan badan lak besar²... Selesai dia dapat hadiah, kebetulan Aqil tido masa dia ambik hadiah, leh kata kat Aqil "sapa suruh Aqil tido, kan tak dapat hadiah"... masih tak faham lagi hadiah dia dapat tu utk apa sebenarnya. Nasib kitorang lak bertuah hari ni nombor cabutan bertuah naik dan dapat hadiah hamper... hehehe rezeki. Alhamdulillah... Dah habis majlis, lepas dah makan² balik rumah. (gambar dlm handphone tak byk tp dlm kamera, tak upload lagi, asyik lupa jer)

 Ini peserta pertandingan fashion show
 Kakak ambik hadiah - dpt nombor 2 dlm kelas

29 October 2012

Presentation KIK Jabatan

Emm ntah camana tahun lepas leh terlibat ngan Projek KIK Jabatan, tapi dah kena pilih dengan paksa rela kena joint gak ler.
Last year punya projek this year baru leh present.... emm kalau menang bertuahlah kalau tak menang adat bertandinglah. Kitorang first present pada hari tersebut (17 Oktober 2012). Ni lah gambar masa persentation tu, tak menang bertanding menang gaya pun jadilah... huhuhu









23 October 2012

Dah Ada Satu Sorang

Anak-anak sekarang ni memasing nak ada gadget sendiri, emm dah kalau tidak dibelikan hp ummi dan ayah gak jadi mangsanya, so bila memasing dah ada tab sendiri, so senanglah sikit. Aman sikit rasanya.... kalau tak battery hp pun cepat habis gara² dorang tu.....

 Lekanya Kakak...

Satu Aqil punya, satu lagi Kakak punya...

19 October 2012

Mandi Manda Lagi...

Memandangkan hujung minggu jer tak tahu nak kemana, kali ni bawa anak² pergi mandi manda wet world lak, jadilah daripada duk kat rumah jer. Hasya dan Aqil memang suka sebab memang suka main air, tapi hasilnya lepas tu berbelang badan sebab gelap.... apa taknya dah lah cuaca panas tapi duk dlm air mana nak rasa, hasilnya kat kulit aja dah berbelang ikut swimming suit dorang...ajak balik tapi tak nak sampai dorang puas. Harga tiketnya pun dah naik, last masuk sini tahun 2010 sekarang dah 2012 masa dulu tiket murah jer, kali ni dah double harga dia, dah tambah mainan sikit harga pun naik jugaklah....

tapi apa yang penting janji anak² seronok....