31 January 2013

Cuti-cuti lagi...

Kali ni trip cuti ke Langkawi, dah lama booking dah, bukan hajat hati aku nak kesana tapi kawan abg beriyer ajak kami sama dia, sebab dia tak pernah naik flight nak ke sana. Semua kami yg buat dari booking flight, hotel dan kereta. Pergi 26/01 - 29/01. Nampak gaya memonteng sekolah satu hari anak² aku jawabnya.

Sabtu 26/01 :- Flight pun pukul 7.25pm, sampai sana 8.25pm, tunggu kereta sewa dah deal dari sini dah pun, sewa tak melalui agensi tapi orang sana aja yg buat kereta dia macam kereta sewa. Mulanya nak ambik avanza, tengok sempit lak belakang, dia offer kete MPV Fiat, emm yang tu besar dan selesa utk kitorang yg ada 4 dewasa 4 kanak² ni. Kebetulan lak Kerry dan Zai anak sama macam aku gak sorang laki dan perempuan, tapi umur beza setahun, anak dia 5 dan 6 tahun aku lak 4 dan 5 tahun. Malam ni memang tak sempat nak kemana² dah la. Sampai sana dah check in, keluar makan lepas tu balik tido.

Ahad  27/01 :- Pagi ni memang plan nak pergi Pulau, ambik package satu bot RM250 mulanya minta kurang boleh lak dapat RM180. Kira oklah tu, lepas dah minum bersiap terus pergi. First pergi ke Tasik Dayang Bunting, kat sana dah mandi dah tasik tu, dalam 1 1/2 jam. Lepas tu dia bawa kitorang ke Pulau SInga tempat bagi burung helang makan, last ke Pulau Beras Basah, memang cantik sangat pantainya, bebudak 4 orang tu leh mandi dan main laut tengah² panas terik tu, nasib baik dia bagi masa sejam kalau lagi lama lagi gelaplah dornag jawabnya, dah lapar balik singgah makan, lepas makan petang balik mandi² dan bersiap keluar ke Pekan Kuah, aku dan zai shopping, abg dan kerry bawa anak² gi lepak kat dataran helang, nanti kitorang dah selesai baru call, pergi shopping kat Idaman Suri... geram betul tengok pinggan mangkuk tapi tak adalah nak membeli yang sedia ada dah banyak penuh cabinet dah, tapi aku sempat gak capai yang aku berkenan... beli jugaklah... malam kitorang jalan² kat area beras terbakar tu ada pasar malam singgah jap beli makanan bawa balik jer.

Isnin  28/01 :- Pagi ni trip seterusnya lepas breakfast pergi cable car, ingatkan tak ramai orang, mak aii panjangnya queue, aduh hai tunggu turn nak naik dekat sejam. Naik lebih kurang sejam kat atas tu, lepas tu turun. Dah tengahari lepas makan petang gi masuk Under water world. Emm dah tak berapa banyak ikan dah. Sebab ikan² disini pernah mati semua sekali. Emm tapi bawa kawan masuk ajalah, dah tu jalan² kat mall sana, membeli lagi, kali ni stock coklat pulak. Petang balik hotel, bawa anak² mandi pool pulak. Kalau main air dorang ni dari mengantuk tadi terus jaga matanya. Malam lak keluar makan lepas tu jalan² kat gerai² yang banyak kat Pantai Cenang tu. Memang happening sungguh memalam kat sini.

Selasa  29/01 :- Last day hari ni flight balik pukul 12.40pm, dah check out pagi ni minum dulu. Lepas tu pergi cari minyak gamat lak. Sebab ada yang kirimnya. Pukul 11.30am gi airport ready utk balik. Sampai KL 1.45pm lepas tu makan dulu. Terus balik rumah, penat sungguh....

 Masa nak tunggu bot
 Dalam bot nak ke Pulau²
 Di Tasik Dayang Bunting
 Ikan keli gigit² kaki... geli tapi best
 Kakak dan Abg atas bot
 Nak naik cable car
 Kat puncak Gunung Brinchang
 Aqil dan Abg
 Dlm cable car
 Naik kereta kuda
 Dalam Under Water World
 Ni je satu gambar satu family
 Kakak, Irfan dan Aqil
 Kat airport nak balik dah
 Aqil ngan posingnya
  Balik dah.... bye-bye Langkawi

09 January 2013

My Birthday

8 Januari 2013 - genap umurku yang ke 37 tahun, Alamak!!! dah tua rupanya.... Syukur Alhamdulillah kerana aku masih diberi kesempatan untuk hidup didunia ini.
Celebrate birthday pun sempoi jer, biasalah gi makan. Abg suruh pilih sendiri nak makan kat mana?... emm mulalah aku pening pikir, lastnya aku ckp kat Restoren Istana Bambu ajalah, makanan kat situ boleh tahan gak sedapnya. Balik dari keja abg tu abg dah belikan cheese cake dan card... nak potong kek nanti kat sana ajalah, bawa ke sana aja. Lepas magrib pergi sana, sampai je order makanan. Sesambil tunggu tu potong kek, sempoi jer. Kakak Hasya excited lebih potong kek dan aku. Layan aja karenah anak. Dah makan lepak jap lepas tu balik.

 Cheese Cake
 Potong Kek, kakak yg lebih excitednya...

 selesai sudah, gambar sebelum tak sempat snap
 posing jer kakak ni
 Keluarga tersayang
 Sorang ni asyik games jer
 Terima kasih Abang !!!

08 January 2013

@ Melaka

Ahad lepas secara tak sengaja ke Melaka, itupun ada projek sikit ngan Ayoi, nak buat projek kena tengok dan survey dulu tak leh main belasah jer.... Ayoi beriyer nak bukak car  wash baru modal dia sorang tak cukup nak ajak join venture, semua urusan operasi dia yang uruskan. So dah beriyer bebenar, eida support ajalah, lagipun abang setuju jugak. Pukul 12.pm baru gerak ke Ayer Keroh. Sampai sana dia dah tunggu kitorang lepas tol tu terus gi makan dulu dah kelaparan sebab dah pukul 2pm dah pun. Makan kat restoren ikan bakar, kat area sana, nampak ramai orang so sedaplah ni, emmm tapi biasa aja rupanya. Lepas makan baru tengok kedai yg dia nak sewa buat car wash tu. Emm nak kena buat renovation sikit nak memudahkan kereta keluar dan masuk. Nak berbincang ngan dia kitorang lepak kat Coconut Shake Pantai Klebang, jammed jugak nak sampai ke sana. Kalau nak take away panjang sungguh beraturnya. Kalau minum kat situ lak emm parking yang sebesar² itupun penuh. Dah dapat parking nak dapat tempat duduk pun kena tunggu tugak baru dapat tempat. Kat situ minum dan makan jer. Lepas tu dah alang² sampai kat sini petang tu pergi ke Pantai Klebang, suka hasya dan aqil main pasir. Sampai masuk² mata, nampak layang² nak layang² lak tapi bukan lama pun kat sini so tak jadi beli dia dok main pasir jer. Malam lepas magrib ingat nak balik terus abg ajak makan ikan bakar kat serkam lak, emm dlm hati pukul berapa la boleh sampai rumah ni... dah makan baru balik.... sampai rumah pukul 12.15am. Anak² dah lena dalam kereta. Angkat letak kat katil emmang tak sedar apa pun keletihan.

 Melihat kedai yang akan disewa
 Kena buat renovation dulu...
  Kat Coconut Shake Pantai Klebang
 
 Ni lah Coconut Shake nya !!!

 Main Pasir yang putih dan halus


   Dinner @ Ikan Bakar Serkam

03 January 2013

New Scholl for Aqil dan Hasya

Kali ni Hasya dan Aqil tukar sekolah baru lak, sebelum ni hantar ke Sri Qistina, tapi kali ni hantar ke Q-dees. Tak berapa jauh sangat dari sekolah lama pun.
Pepagi dah happy nak ke sekolah baru, sampai sana emm ramai lah pulak student sebab dia ambik dari 3 - 6 tahun. Tahun ni kelas Kakak dan Aqil berbeza, sebab Kakak 5 tahun kelas di bawah dan Aqil 4 tahun kat atas. Disebabkan dah biasa dulu satu kelas, dah lah Aqil nangis (nak satu kelas dengan kakak). Aduh hai, hari ni kat sini dengar tangisan anak² yg first day sekolah. Hasya ok jer, sebab Aqil tak nak masuk kelas terpaksalah kakak temankan Aqil masuk kelas dia dulu. Bila nampak Aqil dah ok baru suruh dia turun masuk kelas dia. Ingatkan Kakak ok rupanya kakak pun nangis gak sebab dah ramai bebenar nangisnya. Bila dipujuk² baru ok. Emm aku kena tunggu sampai kelas habis hari ni sebab jiran kat rumah pun minta tolong tengokkan anak dia jugak, dia balik sekejap. Naib baik sampai pukul 11 pagi jer, kalau tidak sampai pukul 12 t/hari.
 Pepagi dah siap sedia nak ke sekolah


 Dah habis kelas tunggu masa nak balik ni
 Balik sekolah kepenatan... terus tido

28 December 2012

Cristmas @ The Curve...

Ni lah hiasan Cristmas dekat The Curve.... setiap tahun mesti cantik dan menarik....
Yang suka posing nya Kakak Hasya lah....